10 koperasi dipilih paling cemerlang

July 17, 2010 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~



ISMAIL SABRI (tengah) bergambar bersama para penerima anugerah pada Hari Koperasi Negara 2010 di Padang MPK 2, Kuantan semalam.


KUANTAN – Kepercayaan orang ramai, pengurusan dan pentadbiran yang baik merupakan faktor utama yang membolehkan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) muncul antara 10 koperasi cemerlang di negara ini.

Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Kamaruzaman Che Mat memberitahu, adalah sukar bagi mana-mana koperasi untuk berkembang maju jika faktor-faktor tersebut diabaikan.

“Kami amat berbangga dengan anugerah cemerlang yang diberikan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia sempena sambutan Hari Koperasi Negara tahun ini.

“Untuk mencapainya, kami perlu berusaha gigih dan mengamalkan pengurusan dan pentadbiran kewangan yang baik selari dengan apa yang dilakukan untuk menyaingi bank-bank lain di Malaysia,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 2 di sini semalam.

Pada majlis penganugerahan yang disampaikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu, Bank Rakyat bersama sembilan lagi koperasi telah diiktiraf untuk menerima Anugerah Koperasi Cemerlang daripada 100 koperasi terbaik di seluruh negara.

Kamaruzaman berkata, sokongan padu ahlinya dari pelbagai bangsa yang berjumlah 789,673 orang secara berterusan turut memberi impak positif kepada bank itu untuk terus berkembang.

Sementara itu, Eddy Noorasraff Abdullah, wakil Koperasi Permodalan Felda Berhad yang turut meraih anugerah sama berkata, pihaknya berkongsi kejayaan itu dengan semua ahli koperasi tersebut.

“Kami berbesar hati kerana dapat memberi dividen yang tinggi kepada mereka dengan rekod terbaik dicatatkan pada tahun 2007 di mana dividen mencecah 16.5 peratus,” katanya.

kredit : kosmo.com.my

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags: ,

Category: Berita, Tempatan

About the Author ()

Saya lahir di Hospital Universiti, Kuala Lumpur yg sekarang dikenali sebagai PPUM. Mak dan ayah berasal dari Bota, Perak. Sekarang melanjutkan/study balik di KTMP, KL dalam jurusan teknologi makmal perubatan dan insyaallah akan graduated pada Julai 2012. Pernah belajar di Poli Shah Alam pada Julai 2004 - Julai 2007 dalam jurusan kejuruteraan elektronik perubatan dan pernah bekerja sebagai seorang juruteknik di sebuah syarikat biomedikal swasta di Shah alam sebelum study di KTMP, KL.

Leave a Reply