10 syarat jadi imam
SOALAN:
Bolehkah ustaz jelaskan syarat-syarat menjadi imam.
JAWAPAN:
Syarat-syarat sah untuk seseorang itu menjadi Imam :
1) Islam, tidak sah solat yang diimamkan oleh seseorang yang kafir.
2) Berakal, tidak sah solat yang diimamkan oleh seseorang yang gila. Ini
kerana, solat yang dilakukan oleh orang yang disahkan gila tersebut
tidak sah. Tetapi jika gila itu bermusim maka solat ketika dia sihat
sah tetapi adalah dibenci. Ini kerana dikhuatiri penyakit gilanya itu
berulang ketika dia menunaikan solat.
3) Baligh, tidak sah solat yang diimamkan seseorang mumaiyiz kepada seorang yang baligh di dalam
solat wajib dan sunat. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibn
Abbas dan Ibn Mas’ud, “Janganlah diimamkan solat itu oleh seorang budak
sehingga dia baligh.” Ini kerana solat itu adalah dalam keadaan
sempurna sedangkan budak atau kanak-kanak itu bukan daripada ahli yang
sempurna.Imam Syafie berpendapat, harus orang yang baligh menjadi
makmum kepada imam yang belum Mumaiyiz. Ini berdasarkan apa yang
diriwayatkan daripada Amr bin Salamah: Aku telah mengimamkan solat di
zaman Rasulullah s.a.w sedang aku adalah anak yang baru berumur tujuh
tahun. (Riwayat Bukhari)
4) Lelaki yang sejati sekiranya yang menjadi makmum itu adalah lelaki.Tidak sah solat yang diimamkan oleh
seorang perempuan atau khunsa bagi makmum lelaki sama ada solat fardu
atau sunat. Sekiranya yang menjadi makmum itu perempuan semata-mata
maka tidak disyaratkan lelaki menjadi imam bagi jemaah tersebut.
5) Bersih daripada hadas dan kekotoran. Tidak sah menjadi imam yang
berhadas atau orang yang terdapat najis pada badannya, pakaiannya sama
ada dia mengetahui hal tersebut atau lupa.
6) Baik bacaannya dan mengetahui rukun-rukunnya.Seseorang imam hendaklah baik bacaannya
kerana solat tidak sah melainkan dengan bacaan dan mengetahui
rukun-rukun solat. Tidak sah seseorang qari menjadi makmum kepada
seseorang yang buta huruf (jumhur) dan wajib bagi qari mengulangi
solatnya. Seperti mana keadaannya tidak menjadi makmum kepada seseorang
yang tidak mampu rukuk, sujud atau tidak boleh duduk ataupun tidak
mampu mengadap kiblat.
7) Keadaan yang bukan makmum.Tidak sah solat makmum mengikut makmum lain sebagai imam. Mengikut seseorang yang
sudah terputus dengan imamnya disebabkan masbuk:i- Al-Hanafiah: tidak
harus menjadi seseorang masbuq itu sebagai ikutan kerana dia telah
mengikut (makmum). Oleh yang demikian, yang diikut tidak boleh
diikuti.ii- Al-Malikiah: tidak harus menjadikan seseorang yang masbuk
itu sebagai ikutan kerana dia tadi mengikut (makmum). Namun adapun yang
mudrik (tidak sempat rakaat bersama imam boleh diikuti apabila dia
bangkit untuk menunaikan solatnya dan hendaklah mudrik yang tidak
sempat rakaat tadi berniat menjadi imam. Kerana ketika itu dia sedang
solat berseorangan dan tidak thabit hukum makmum.iii- Al-Syafieyyah:
terputus ikutan / menurut imam dengan semata-mata keluarnya imam dari
solat sama ada dengan memberi salam atau dengan sebab terbatalnya
wuduk. Ini kerana terkeluarnya dari ikatan di antara imam dan makmum
maka pada ketika itu dia boleh mengikuti orang lain yang ganti imam
atau orang lain yang mengikutnya sebagai imam.Kesimpulannya :
al-Hanafiah dan Malikiah tidak mengharuskan mengikut seseorang yang
asalnya mengikut selepas imam memberi salam, dan harus pada
Al-Syafieyyah dan al-Hanabilah. Ini adalah lebih utama.
8) Syarat khas pada al-Hanafiah dan al-Hanabilah: sejahtera daripada
keuzuran.Tidak lawas ketika buang air, kerap terkentut dan batuk makruh
ke atas orang yang mempunyai penyakit-penyakit ini menjadi imam.
Sekiranya seseorang yang mempunyai satu keuzuran adalah lebih utama
menjadi imam daripada orang yang mempunyai dua keuzuran.Adapun pendapat
al-Malikiah tidak mensyaratkan syarat ini tetapi dihukum makruh menjadi
imam selagi mana tidak terbatal wuduknya.Begitu juga pendapat bagi
Al-Syafieyyah tidak mensyaratkan syarat ini dan sah menjadi imam orang
yang mempunyai keuzuran ini dan tidak perlu mengulangi solat tersebut.
9) Imam mesti seorang yang fasih al-lisan.Mampu menyebut huruf-huruf di dalam al-Quran dari makhrajnya.
10) Al-Hanafiah dan Al-Syafieyyah mensyaratkan supaya solat itu diimamkan
oleh orang yang bermazhab yang sama dengan makmum.Sekiranya seseorang
yang bermazhab Hanafi solat di belakang seorang imam bermazhab Syafie
yang mengalir darah pada tubuhnya dan tidak berwuduk selepas itu atau
solat seorang yang bermazhab Syafie di belakang seseorang bermazhab
Hanafi yang menyentuh perempuan dan tidak berwuduk, maka solat makmum
itu batal kerana setiap mazhab melihat kepada batalnya solat imam itu
tadi.Al-Hanafiah berpendapat solat di belakang imam yang bermazhab
Syafie adalah makruh.
P/S : Saya fowardkan aje..klu ada apa2 pertanyaan,jumpa laa orang yang lebih arif..
Wassalam..








Assalamualaikum
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas jawapan yang dibuat oleh ustaz.
Jika syarat-syarat diatas digunapakai di Masjid Jame’ Bandaraya Kuala Lumpur ianya amat dialukan.
Saya amat rasa dukacita akhir-akhir ini jika bersolat di Masjid yang saya sebutkan.
Pada pendapat saya Imam dan Bilal yang dilantik amat tidak menepati apa yang telah digariskan oleh yang mulia ustaz.
Dengan Imamnya yang tidak dapat membaca dengan lancar dan mengikut makhraj yang betul, Bilalnya yang sengau tambahan pula dengan Ustaz yang memberi ceramah ala koboi rasanya solat Jumaat di Masjid Jame, amat tidak selesa.
`Sila buat perubahan’
Sekian terima kasih
Salamuan alaikum,
Bershukur kita kepada Allah , pemabaca yang ikhlas diharap Allah dan segala malaikat mesejahterakan orang orang yang mendalami ilmu ugama dan mempraktikan nya sebagi satu jalan kesiratalmustakin.
Demi ummat muhammad yang berpecah belah dan menjadikan ugama Islam kepada golongan golongan dan mahzab mahzab juga tarikat tarikat yang berlainan hari ini Alang kah baik nya kita semua mencari jalan penyatuan islam agar kita semua berada dijalan yang lurus bersama sama seperti apa yang kita minta dalam surah alfatiha hiddinasirratal musatkin dan kita juga harus mengetahui apa yang kita baca semasa dalam solat kita.
Hakikat nya kita semua tahu kita bersolat didalam bahsa arab, jadi untuk menambah kan keyakinan kita dan mepraktikan apa yang kita baca dalam solat hendaklah kita alihkan bahasa arab itu kedalam bahasa melayu setelah kita menghabis kan solat untuk memikr kan dan memahami apa yang kita minta dalam solat itu sabgai renungan kita semua.
Berulang kali kita mulakan solat dengan fatihah dan memita Allah tunjukan hamba kejalan yang benar dan jalan orang orang yang Allah redhaii.
Dan diakhir solat kita minta kesejahteraan kepada orang yang duduk dalam siratalmustakin ini, iaitu seblum habis sembahyang kita minta dengan Allah mensejahterakan muhammad dan anak cucu nabi muhammad seperti mana Allah mensejahterkan ibrahim dan anak cucu nabi ibarahim berulangkali sehari semlam sepanjang hayat kita dikandung badan kita tetap habis akhiri solat kita dengan selawat nabi dan ahli keluarga nabi dan juga ibrahim dan anak cucu nabi ibarahim. Inalah siratal mustakin yang kita minta dengan Allah tetapi kita tidak pernah mendekati siratal musatkin ini.
Dan didalam ayat alquran yang dilaungkan di mimbar mimbar masjid Allah berfiman
Innallaa hawamalaaikatahu uyushalluuna’alannabiyyi yaaayyuhalladziinaaamanuu shalluu’alaihi wasallimutasliiman dan wahai orang beriman bersolaturahim lah dengan nabi penuh kemulian. Ini firman dari Allah mengatakan Sesungguh nya Allah dan segala malaikat berselawat keatas nabi dan allah juga suruh Orang orang yang beriman berselawat keatas nabi dengan taslimin. Tidakah kita mensia siakan diri kita selama ini meninggalakan orang yang disejahterakan Allah dan segala malikat dan memilih mahzab mahzab dan tarikat tarikat , Alim ulamak tok guru tok guru dan pak lebai pak lebai dan yang selain dari golongan yang disejahterakan Allah dan malaikat ini, sedang kan siang malam kita berselawat keatas nabi dan anak cucu nabi disertakan Allah dan segala malikat dan hakikat nya kita mengikut -para sahabat sahabat, khalifah kahlifah alim ulamak dan juga tok guru tokguru dan lebai leabi dan kita tak pernah mencari orang yang di amanah kan kepada kita untuk dimuliakan.
Kita juga mengatakan kita berugama islam yang mengikut perintah Allah menjujujng imanah rasul dan bersama sama dengan warisanya, tapi hakit nya kita sempit kan Alquran didalam masjid dan mengambil perlembagaan manusia yang dimport dari Great Britain dan mengambil Raja Raja dan Sultan sebagai tuan kita yang kebanyakan nya berasal dari kerturnan bugis dimasa lampau yang berpihak dan dilantik oleh penjajahan portugis dan belanda dan seterusnya Ingerris dan hukum hukum Allah kita letakan didalam makamah syariah sementara Sitem Raja berpelembagan ala barat dizahir kan untuk kita praktikan menjadi amalan dan undang undang negara kita.
Dengan itu juga kita telah manfikan kedudukan Allah tuhan sekalian Alam dan kita tidak menjujung imanah rasul untuk mepertabat kan Al quran sbagai hukum dan perlembagaan kita dan juga kita lupakan sunnah yang ditinggal kan seperti yang kita laungkan dalam selawat untuk mengikut perjalanan Rasul Allah dan anak cucu Rasulullah. Apakah hukum dan firman Allah kepada kaum yang seperti kita ini.
Allah berfirman barang siapa yang tak berutus ,berurus dan berhukum dengan apa yang rasul allah tinggalkan maka bukan lah dia hamba Allah dan umat rasulullah dan termasuk lah kita didalam golongan oranag yang was was ( mushrik) dan orang yang berpura pura (munafik) dan juga termasuk dalm golongan orang yang degil (fasik).
Dan apibila kita tak berutus dan berurus dan berhukum dengan rasullulah maka amalan kita menjadi sia sia seperti apa yang difirman kan Allah fawilililurmursalin iaitu neraka well bagi orang yang bersembahyang.
Ummat islam akan terus berpecah belah hingga ke 73 kaul atau golongan golongan 72 akan kekal dineraka selama lama nya cuma satu golongan saja yang diakui ummah dan amat sedikit dizaman nabi nabi terdahulu dan amat sikit diakhir zaman ini.,
Marilah kiat renung kan dan berselawat agar di berikan kita pertunjuk kejalan yang benar Allahumasali alasyedina Muhammad waal ahlihi syedina muhammad, perkenanakan lah kami ya Allah akan siratalmustakin agar kami tidak menjadi musyrik munafik dan fasik dalam mencari keredhaan mu. Wasalam…..
salam…
saya mahu menanyakan satu soalan..!
bolehkah seseorang yang bersifat “gay” menjadi imam?
dia tidak lembut tetapi minat kepada lelaki..
assalamualaikum…maaf sblm ny. saya seorang wanita yang sdg mncari jwpn buat persoalan yg akn saya ajukan. harap tuan dpt mnjwb prsoalan saya ini. jika seorang hamba Allah lelaki yang tidak sah taraf atau lbih d’sbut dgn ank luar nikah, adakah dia boleh mnjadi imam kpd msyarakat atau mnjadi imam dlm masjid? beliau telah tamat mngikuti akedemi tahfiz smnjk beliau b’umur 13thun. namun sedih ny,hasrat dan cita2 beliau utk mnjdi imam dan bekerja dalam islam d’halang d’sbbkn ada yg mngatakan beliau x layak mnjdi imam krn org sprti beliau akan mengotorkan dan mnjejaskan jika mnjadi imam. benarkah itu? saya hanya mahu membantu hamba Allah itu utk mncari jwpn buat ny. harap d’balas komen ini.
assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.
minta pendapatnya bagaimana seorang imam sholat tapi masih suka minum hammer dan judi……apakah sah sholat di imamkan seorang tersebutr? trima kasih