10 tahun hidup songsang

February 18, 2010 | By | 5 Replies More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


BACHOK: “Ketika berusia sembilan tahun, saya disogok pelbagai hadiah menarik sebagai umpan oleh bapa saudara sebelum dia meliwat saya lebih 100 kali selama lima tahun menyebabkan diri ketagihan melakukannya selepas itu.

MENGAKU...Farid dakwa diliwat bapa saudara sejak berusia 9 tahun.
MENGAKU…Farid dakwa diliwat bapa saudara sejak berusia 9 tahun.

“Pada masa sama, bapa saudara turut menjadikan saya sebagai hamba seks kepada rakan-rakannya termasuk perlu melayan mereka mengikut giliran kerana takut dipukul olehnya,” dakwa Farid, 24, ketika menceritakan pengalaman menjadi ‘sugar boy’.

Bapa saudara Farid yang dikenali Jimi itu sudah meninggal dunia tahun lalu akibat Aids kerana menagih dadah serta seks bebas, turut memperoleh ribuan ringgit sebulan hasil ‘menjual’ anak saudaranya itu.

Dengan pendapatan itu, Jimi membeli bekalan dadah selain turut membeli beberapa helai pakaian mahal kepada anak saudaranya sebagai hadiah dan umpan menutup rahsia berkenaan daripada terbongkar serta diketahui ibu bapa Farid. Pengakuan Farid itu dibuat di depan Kaunselor Pertubuhan Masyarakat Prihatin (PMP), Zaimah Hussein sebaik mengetahui dirinya disahkan dijangkiti kuman HIV selepas bergelumang dunia maksiat yang menjijikkan itu selama 10 tahun.

Sumber : Harian Metro

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags: ,

Category: Berita, Tempatan

About the Author ()

Comments (5)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. dannyana says:

    kesian nasib anak2 pempuan/lelaki skarang!x de tmpt utk ngadu/manja!famili t’dekat pun x leh caya/harap!atok rogol/liwat,bapa rogol/liwat,abang rogol/liwat,bapa saudara rogol/liwat,sepupu rogol/liwat.tinggal emak!itupun anak2 ngadu,x caya!sayang bapa,laki,anak n saudara (mara)!wahai ibu2 sekalian kasihanilah anak2 mu…….

  2. Fareza says:

    Ya Allah..berikanlah petunjuk jalan yang benar kepada Farid.

  3. wan says:

    Farid, pendedahan ini amat penting dlm hidup. A big step, jgn menoleh lagi. Terus menuju jalan Allah. Saya dapat faham apa yang farid lalui. Kerana saya telah ambil langkah yg sama 21 tahun dulu.

  4. wan says:

    farid..semoga farid insaf dengan apa yg berlaku dan semoga Allmah mengampuni farid..
    bnyakan bersabar semoga mnjdi pngajaran kpada org lain..

  5. dzar says:

    Kembalilah, jauhilah, dan dekati dengan ALLAH swt

Leave a Reply