Kira-kira 100 peniaga di Jalan Sekolah 1, Jenjarom, di sini, semalam mengadakan bantahan secara aman bagi menuntut penjelasan kerajaan Selangor kerana merobohkan gerai yang mereka usahakan sejak 60 tahun lalu.
Peniaga terbabit mendakwa, kedai mereka dirobohkan pada 26 September lalu atas arahan kerajaan negeri.
Peniaga, Kay Teng Khoon, 76, berkata kerajaan negeri sepatutnya menawarkan pampasan setimpal kepada mereka, dan bukan memberi sebuah kedai berkeluasan tidak sampai 9.3 meter persegi.
“Tanah untuk kedai ini dimiliki sejak zaman pemerintahan British, kini hak kami sejak empat generasi lalu dirobohkan tanpa pampasan setimpal,” katanya ketika ditemui di tapak gerai mereka.
Katanya, mereka difahamkan tempat terbabit diperlukan untuk kegunaan sekolah dan akur dengan cadangan itu, namun mahu kerajaan negeri memberi pampasan sewajarnya seperti wang atau tapak perniagaan yang bersesuaian. Seorang lagi peniaga, Siah Peck Yoke, 53, berkata dalam satu mesyuarat sebelum ini, mereka dijanjikan pemilikan tanah kerana menduduki kawasan itu sejak lebih 30 tahun namun itu hanya janji. Sementara itu, Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd Ridzuan Abdullah, berkata pihaknya cuba membantu peniaga terbabit dengan membawa isu itu kepada Perdana Menteri selaku Pengerusi Barisan Nasional Selangor.
“Kami berharap keadaan ini tidak berulang di kawasan lain dan mungkin menjadi petunjuk kepada rakyat Selangor untuk memilih kerajaan sebenar,” katanya. — Bernama
BHO Blog – Satu kerugian rasanya jika pihak kerajaan negeri merobohkan kedai yang sudah berusia lebih lama dari usia kemerdekaan Malaysia.
sumber maklumat : http://hmetro.com.my/
Carian BHO
Baca Post Lain yang Berkaitan:
- MBJB didakwa roboh gerai tanpa notis
- Lokasi gerai tak strategik
- Tiga tahun tunggu gerai
- Budak 2 tahun ditinggal di gerai
- Tutup gerai awal
- Bantah pusat pelupusan sampah
- Bunuh: Remaja berusia 15 tahun ditahan
- Sewa gerai naik di seluruh Selangor
- Bahaya makan di gerai bawah pencawang TNB
- Ya’acob dakwa berusia 128 tahun