13 jual tubuh di medan selera

September 9, 2010 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


KUALA LUMPUR; Seramai 13 wanita warga asing termasuk 12 dari China dan seorang dari Vietnam dipercayai pelacur ditahan dalam Ops Noda di sebuah medan selera di Jalan Geylang di sini, malam kelmarin.

Operasi banteras kegiatan maksiat itu dilakukan sepasukan anggota termasuk pegawai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) kira-kira jam 10.30 malam.

Pegawai Turus D7 IPKKL, Deputi Superintendan Razali Abu Samah, berkata pihaknya melakukan serbuan terbabit selepas menerima maklumat penduduk berhampiran.

“Operasi kali ini dilakukan atas arahan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, untuk membanteras kegiatan tidak bermoral membabitkan wanita warga asing,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags:

Category: Berita, Jenayah, Tempatan

About the Author ()

Leave a Reply