30,000 tan sampah sehari menjelang 2020

July 9, 2010 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~



KADAR kitar semula rakyat Malaysia amat kecil menyebabkan jumlah sampah yang dibuang semakin meningkat setiap hari. – Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat diberitahu bahawa sisa pepejal yang dihasilkan penduduk Malaysia akan meningkat dari tahun ke tahun dengan jangkaan mencecah 30,000 tan sehari menjelang tahun 2020.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Lajim Ukin berkata, dokumen Rancangan Malaysia Kesembilan menyatakan bahawa kadar kitar semula rakyat Malaysia adalah lima peratus setahun.

Sementara Pelan Strategik Kebangsaan Mengenai Sisa Pepejal (2005) pula memaklumkan kadar kenaikan tahunan kitar semula penduduk Malaysia dianggarkan satu peratus setahun.

“Ini menjadikan jangkaan kadar kitar semula penduduk Malaysia pada tahun 2020 adalah sebanyak 22 peratus,” katanya menjawab soalan Datuk Rashid Din (PKR-Merbok).

Lajim berkata, sehubungan itu kerajaan berpendapat program 3R iaitu mengurang, mengguna semula dan mengitar semula menjadi strategi utama bagi menangani jumlah sisa pepejal yang semakin bertambah di negara ini.

“Kementerian akan terus komited untuk meneruskan program ini dengan menyediakan peruntukan tahunan bagi perolehan tong-tong kitar semula, mengadakan kempen-kempen kesedaran dan pembinaan pusat-pusat kitar semula di kawasan pihak berkuasa tempatan yang terlibat,” katanya.

kredit : kosmo.com.my

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Category: Berita, BHO Blog, Tempatan

About the Author ()

Saya lahir di Hospital Universiti, Kuala Lumpur yg sekarang dikenali sebagai PPUM. Mak dan ayah berasal dari Bota, Perak. Sekarang melanjutkan/study balik di KTMP, KL dalam jurusan teknologi makmal perubatan dan insyaallah akan graduated pada Julai 2012. Pernah belajar di Poli Shah Alam pada Julai 2004 - Julai 2007 dalam jurusan kejuruteraan elektronik perubatan dan pernah bekerja sebagai seorang juruteknik di sebuah syarikat biomedikal swasta di Shah alam sebelum study di KTMP, KL.

Leave a Reply