42 pelajar alami keracunan makanan

September 2, 2010 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


KOTA BHARU – Seramai 42 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Perdana, Bachok mengalami keracunan makanan dipercayai selepas menikmati makanan ketika bersahur pagi semalam.

Jurucakap Jabatan Pelajaran Kelantan berkata, kesemua mereka yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Satu hingga Lima di asrama sekolah berkenaan, mengalami cirit-birit dan muntah-muntah sejurus selepas bersahur, dan mereka kemudiannya dibawa ke dua hospital di sini secara berperingkat-peringkat.

Beliau berkata, 13 pelajar dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) dan bakinya ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

“Hanya tiga pelajar sahaja yang masih ditahan di HRPZII berikutan dua daripada mereka menghidap gastrik dan seorang lagi mengalami tekanan darah rendah, manakala yang lain diberikan rawatan sebagai pesakit luar sebelum dibenarkan pulang,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, ekoran kejadian itu Jabatan Pelajaran Negeri menggantung perkhidmatan di kantin sekolah berkenaan buat sementara, dan sedang menunggu laporan lengkap daripada pengurusan sekolah berhubung kes itu. – Bernama

kredit : kosmo.com.my

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags: ,

Category: Berita, Tempatan

About the Author ()

Saya lahir di Hospital Universiti, Kuala Lumpur yg sekarang dikenali sebagai PPUM. Mak dan ayah berasal dari Bota, Perak. Sekarang melanjutkan/study balik di KTMP, KL dalam jurusan teknologi makmal perubatan dan insyaallah akan graduated pada Julai 2012. Pernah belajar di Poli Shah Alam pada Julai 2004 - Julai 2007 dalam jurusan kejuruteraan elektronik perubatan dan pernah bekerja sebagai seorang juruteknik di sebuah syarikat biomedikal swasta di Shah alam sebelum study di KTMP, KL.

Leave a Reply