566 lagi terima darjah, pingat kebesaran Melaka

November 23, 2009 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


MELAKA: Seramai 566 orang menerima darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran kerajaan Melaka termasuk 30 yang membawa gelaran Datuk pada istiadat penganugerahan sempena sambutan ulang tahun ke-71 Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob bagi sesi ketiga di Seri Negeri, Ayer Keroh dekat sini, semalam.

Mengetuai senarai adalah Menteri Negara Hal Ehwal Luar Singapura, Datuk Zainul Abidin Rasheed; Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Wee Jeck Seng; Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid; Ketua Umno Kulai, Datuk Zainal Abidin Jidin; Panglima 1 Briged, Brig Jen Abdullah Karim; ahli perniagaan, Datuk Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi; Pengarah Eksekutif Ambank (M) Bhd, Datuk Mahdi Morad.

Gabenor Riau, Datuk Rosli Zainal; Gabenor Kepulauan Riau, Datuk Ismeth Abdullah dan ahli perniagaan Datuk Vincent EE Ching Hann. Mereka menerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk.

Turut terima anugerah sama, Penasihat/Ahli Lembaga Puncak Semangat Sdn Bhd (Kumpulan Albukhary), Datuk Abdullah Kadir Bacha; Pengarah Hospital Melaka, Datuk Dr Dul Hadi Mat Junid; Naib Pengerusi MCA Melaka, Datuk Ho Teck Keun; Pengurus Wilayah Ambank Melaka, Selangor, Negeri Sembilan, Datuk Zainal Abidin Mohamed.

Sementara itu, Setiausaha Pemuda Umno Melaka, Zaidi Atan adalah antara 65 individu yang menerima Bintang Cemerlang Melaka (BCM), manakala Ketua Biro Berita Harian Melaka, Amirullah Andi Nur adalah antara 86 penerima Bintang Khidmat Terpuji (BKT).

Pada majlis semalam juga seramai 35 individu menerima Darjah Seri Melaka (DSM), 23 menerima Jaksa Pendamai (JP), 193 Pingat Jasa Kebaktian (PJK); 101 Pingat Bakti Masyarakat (PBM) dan 32 Pingat Khidmat Lama (PKL).

Tuut hadir ialah isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Zurina Kassim; Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan isteri, Datin Seri Asmah Abd Rahman dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Othman Mohamad.

Sesi pertama dan kedua istiadat penganugerahan majlis ini diadakan masing-masing pada 10 serta 11 Oktober lalu. Jumlah keseluruhan yang menerima darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran Melaka pada tahun ini adalah 1,230.

credit:bharian.com.my

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Category: Berita, Hari ini

About the Author ()

Leave a Reply