600 pembeli rumah rugi RM1.26 juta ditipu ‘haji’


Kira-kira 600 pembeli rumah kos rendah di Selangor kerugian RM1.26 juta apabila ditipu seorang individu bergelar ‘haji’ yang mendakwa beliau pegawai tugas-tugas khas sebuah parti politik yang memerintah di negeri terbabit.

Pembeli mendakwa lelaki itu menawarkan pembelian rumah kos rendah berharga RM42,000 di bawah skim kerajaan negeri dengan pembeli hanya perlu menyediakan bayaran pendahuluan lima peratus atau RM2,100, tanpa perlu membayar yuran guaman, selain diberikan pinjaman tanpa faedah daripada Permodalan Negeri Selangor Berhad.Bagaimanapun sehingga berita ini ditulis, tiada seorang pun di kalangan pembeli yang kebanyakannya golongan pendapatan rendah seperti polis, tentera dan ibu tunggal, mendapat kunci rumah walaupun mereka sudah membayar wang pendahuluan diperlukan sejak Oktober tahun lalu.

Lebih menyedihkan ada di kalangan mereka terpaksa mengeluarkan wang simpanan dan bergolok gadai untuk membayar wang pendahuluan itu tetapi hanya menerima beberapa dokumen, termasuk surat tawaran pembelian rumah di bawah sistem pendaftaran terbuka berpusat rumah kos rendah di Selangor menggunakan kepala surat Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor.

Pengerusi Gabungan Pembela Anak Selangor, Mohd Durrany Izam, berkata kerajaan Selangor perlu campur tangan bagi membantu menyelesaikan isu terbabit.

Katanya, ini disebabkan individu bergelar haji itu mendakwa beliau pegawai tugas-tugas khas parti yang diberikan tugas untuk mencari pembeli rumah kos rendah diberikan atas kuota politik.

“Laporan polis dibuat juga menunjukkan haji itu mengaku beliau bekerja sebagai pegawai tugas-tugas khas sebuah parti yang mengutip bayaran pendahuluan rumah kos rendah itu,” katanya kepada Berita Harian, baru-baru ini.
Difahamkan, lelaki bergelar haji itu mendakwa beliau pegawai tugas-tugas khas yang diberikan tanggungjawab mendapatkan pemohon bagi perumahan kos rendah di Taman Selayang Mulia di Gombak, Taman Cheras Intan Batu 9 (Cheras), Taman Harmoni (Hulu Langat) dan Taman Botanik (Klang).

Seorang pembeli rumah, Hasbullah Ismail, 40, berkata lelaki itu gagal dikesan sejak akhir Ogos lalu selepas dia menerima surat daripada Permodalan Negeri Selangor Berhad pada 15 Ogos lalu memaklumkan penangguhan penyerahan surat perjanjian sewa beli dan kunci bagi rumah dibelinya di Taman Selayang Mulia.

 

BHO Blog - Orang zaman sekarang sanggup berpura pura alim untuk melakukan penipuan, akibatnya nanti pasti orang yang benar benar berpewatakan alim akan disalah ertikan masyarakat.

 

sumber maklumat : http://kosmo.com.my/


Carian BHO


Baca Post Lain yang Berkaitan:

  1. 50 pelabur wanita rugi RM4 juta ditipu Auntie
  2. Jejas peluang pembeli miliki kediaman sendiri
  3. Pembeli rumah derita 10 tahun
  4. Pembeli kecewa rumah terbengkalai
  5. Rumah tak siap, pembeli muflis
  6. Pembeli air zamzam ditipu
  7. Kes tuntutan ganti rugi putus tunang hampir RM1 juta selesai
  8. Rugi RM370,000 ditipu rakan Internet
  9. Peniaga buah rugi RM30,000 diperdaya ‘Abang Haji’ jual tanah
  10. Petugas Tabung Haji Siap Sedia Sambut Ketibaan 26,000 Jemaah Haji

 

(TEKAN) Takkan Baca Sahaja, Kongsilah Pendapat Anda :)

 

Your email address will not be published.

@ Guna Facebook Comment di Bawah