I “pity” you…

Seramai 69,573 pelajar yang meminjam dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah diperintah agar membayar balik pinjaman mereka oleh mahkamah sehingga Oktober lepas.
Pengerusi PTPTN Datuk Ismail Mohamad Said berkata jumlah itu antara 104,083 peminjam yang disaman kerana gagal menjelaskan pinjaman mereka.
“Tindakan mahkamah ini terpaksa dilakukan setelah pelajar terbabit gagal membayar balik pinjaman walaupun selepas dihubungi dan diberikan peringatan berkali-kali oleh PTPTN,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Bee Yong, Kerdau hari ini.
Ismail, yang juga anggota parlimen Kuala Krau, berkata sehingga September lepas, PTPTN hanya berjaya memungut RM2.74 bilion iaitu 48.34 peratus berbanding RM6.2 bilion, jumlah yang sepatutnya diperoleh.

Dalam pada itu, beliau berkata seramai 8,143 pelajar yang disenarai hitam Jabatan Imigresen membayar balik pinjaman mereka membabitkan kutipan kira-kira RM146 juta.
Katanya, jumlah itu masih rendah berbanding 132,801 pelajar yang disenarai hitam dan tidak boleh keluar negara kerana tidak menjelaskan pinjaman.
Sementara itu, beliau berkata Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) kini mencecah RM456.02 juta membabitkan 1.03 juta penyimpan sehingga 30 September lepas. – Bernama
credit: CG forum
———————————————————————————————————————————-
Bayarlah kalau ada duit lebih, sikit- sikit , lama-lama jadi bukit!
Carian BHO
- mahkamah pelajar ptptn
- Apakah tindakan yang dilaksanakan oleh PTPN terhadap peminjam tidak membayar balik pinjaman
- bharian online pelajar gagal bayar pinjaman ptptn
- jbb ptptn
- pelajar saman ptptn
- pelajar yang gagal membayar balik hutang ptptn
- pengalaman membuat rayuan ptptn
- PTPTN BERITA ONLINE
- ptptn saman mahkamah
Baca Post Lain yang Berkaitan:
- PTPTN sedia RM6 bilion untuk 235,000 pelajar
- Wajib Bayar Pinjaman PTPTN Melalui Potongan Gaji Mulai Jun 2011
- 200,000 ghaib elak bayar hutang PTPTN
- PTPTN guna kaedah membayar dengan senyuman
- PTPTN tidak jadi biasiswa
- Pelajar ‘terseksa’ PTPTN belum diterima – PKPIM
- LHDN potong gaji peminjam PTPTN
- Manohara, ibu diperintah bayar RM6 juta
- Pinjaman 152,000 pelajar ditahan
- Pendapatan bersih keluarga RM4,000 layak terima pinjaman penuh PTPTN