775 mayat pembunuhan kejam dikebumikan semula

July 12, 2010 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~



SEORANG wanita menangis di sebuah keranda saudaranya di kawasan perkuburan Potocari sebelum ia dikebumikan semalam.


SREBRENICA, Bosnia-Herzegovina – Puluhan ribu penduduk di sini semalam menghadiri pengebumian ratusan mangsa pembunuhan beramai-ramai pada ulang tahun ke-15 jenayah paling kejam di Eropah sejak era tentera Nazi.

Satu kawasan tepi bukit digali bagi menempatkan 775 mayat yang merupakan pengebumian paling besar di bandar Srebrenica setakat ini.

Mayat itu ditemui dalam satu kawasan perkuburan besar dan dikebumikan semula semalam.

Namun jumlah itu merupakan satu persepuluh daripada lelaki termasuk budak yang dibunuh apabila anggota-anggota penentang Serbia menawan bandar ini pada Julai 1995.

Dalam Perang Bosnia itu yang berlaku di sini, kira-kira 30,000 penduduk bergegas ke sebuah pangkalan tentera Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Potocari untuk mendapatkan perlindungan. – AP

kredit : kosmo.com.my

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags:

Category: Berita, Luar Negara

About the Author ()

Saya lahir di Hospital Universiti, Kuala Lumpur yg sekarang dikenali sebagai PPUM. Mak dan ayah berasal dari Bota, Perak. Sekarang melanjutkan/study balik di KTMP, KL dalam jurusan teknologi makmal perubatan dan insyaallah akan graduated pada Julai 2012. Pernah belajar di Poli Shah Alam pada Julai 2004 - Julai 2007 dalam jurusan kejuruteraan elektronik perubatan dan pernah bekerja sebagai seorang juruteknik di sebuah syarikat biomedikal swasta di Shah alam sebelum study di KTMP, KL.

Leave a Reply