Ada tiket tapi masih menangis…
Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~
Mengapa kita yang tiada tiket masih tergelak tanpa memikir tatkala meninggal kelak?
Sedikit info kisah mengenai kepahlawanan Saidina Ali dari Abu Zulfiqar
Pahlawan Segala Pahlawan: SAIDINA ALI
Apabila berbicara tentang dunia persilatan, tidak lengkap rasanya ilmu pengetahuan seseorang pesilat sekiranya dia tidak mengetahui serba sedikit tentang ‘penghulu’ kepada segala pendekar iaitu Imamul Muhtadin Saidina Ali ibni Abi Talib Karamullahu Wajhah.
Ketokohan Saidina Ali sebagai pendekar terunggul di dunia terbukti dalam Perang Uhud. Sewaktu pasukan Islam terpukul hebat, beliaulah yang paling gigih mempertahankan Rasulullah SAW hingga terdengar suara malaikat Jibril berkata: “Tiada pedang selain Zulfiqar dan tiada pahlawan selain Ali.” Rasanya tidak ada lagi mana-mana pesilat walaupun sehebat Dato’ Laksamana Hang Tuah yang mendapat pengiktirafan daripada malaikat Jibril.
Pedang Zulfiqar asalnya milik Rasulullah SAW yang kemudiannya digunakan oleh Saidina Ali. Sebahagian ulama mengatakan bahawa pedang inilah Raja Segala Besi. Selepas Saidina Ali dibunuh secara curi, pedang Zulfiqar ini turut lenyap dan ada riwayat mengatakan yang ia akan muncul semula pada akhir zaman.

Wallahu alam.
Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda
Category: BHO Blog