Ahli bina badan ditinggal isteri kerana lemah tenaga batin

September 15, 2012 | By | 4 Replies More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


ALOR SETAR: Keghairahan mengambil ubat-ubatan mengandung steroid jenis ‘testosterone’ bagi menambah kekuatan ketika menjalani latihan angkat berat menyebabkan seorang ahli bina badan kini menderita lemah tenaga batin dan kerandut zakar turut mengecil.

Malah, masalah dialami lelaki berusia 40-an itu turut menjejaskan keseluruhan hidupnya apabila ditinggalkan isteri selain sering mengalami pelbagai masalah kesihatan.

Dia yang tinggal di bandar raya ini dan hanya mahu dikenali sebagai Thomas berkata, doktor memberitahu masalah lemah tenaga batin yang dialaminya berpunca daripada pengambilan steroid jenis testosterone berlebihan sejak lebih tujuh tahun lalu.

Menurut Thomas, dia menceburi sukan bina badan sejak berusia 20 tahun dan pada mulanya hanya mengambil makanan kesihatan tambahan serta ubat-ubatan untuk meningkatkan tenaga fizikal. Harian Metro Online

 

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Category: Berita

About the Author ()

Comments (4)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Dr. Slump says:

    Ubatan-ubatan ni ada sedikit campuran dadah…sometime kita tak tahu apa effect dia…

  2. Wan X Black says:

    bina badan ok…, tapi hendaklah tahu limit dia…

  3. Ejoi says:

    Kalau duit banyak…lemah tenaga batin…tiada gunanya….

  4. Don Omar says:

    Bersyukurlah…segala badan kurniaan Allah S.W.T… ni…tak yah nak build-build bagai…

Leave a Reply