Air penyejuk badan : Tipu guna air paip

JERLUN – Seorang pengusaha di sini berjaya memperdayakan ribuan pengguna sejak tiga tahun lalu dengan menghasilkan produk minuman penyejuk badan yang sebenarnya diperbuat daripada air paip.
Teknik penghasilan produk itu amat mudah iaitu menggunakan air paip yang ditapis sebelum dicampur dengan sejenis bahan yang belum dikenal pasti dan dijual dengan harga RM1 sebotol.
Kegiatan pengusaha itu bagaimanapun dihidu pihak berkuasa sebelum premisnya di Jalan Alor Setar-Kangar di sini diserbu oleh lapan kakitangan Jabatan Kesihatan Daerah Kubang Pasu semalam.
Hasil siasatan mereka mendapati produk itu juga tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan.
Ketua Penolong Pegawai Kesihatan Dae- rah Kubang Pasu, Md. Hussain Lebai Yusof berkata, produk itu bukan minuman kesi- hatan tetapi hanya air minuman berasaskan air paip.
kredit : kosmo.com.my











sesungguhnya berdosa menipu orang ini, tak berkat duit yang diperolehi,buangkanlah tabiat yang tidak mendapat apa2 at the end of the day
Ya..betul tu,,, tak baik menipu org…Di akhirat nt jawab lah sendiri..
produk diatas 2 macam air cam badak je………..aduh..baru semalam minum air cap badak……..tiap kejahatan akan dibalas jua dengan Allah S.W.T. berdosa makan duit haram
ni produk penyejuk badan camner plak prodak penyejuk mata yg byk di pasaran sekarang dgn bermacam jenama? pihak berwajib patut siasat n pantau juga kerana toner mata ni harganya lebih mahal dari air penyejuk badan kot2 bahannya sama jugak air minuman dibotolkan n diberi jenama…….
ni ada laaagi baik dari air cap badak !!
check it out !!
http://jaguh88.blogspot.com
aku hairanla…kenapa dihiddenkan nama syarikat tu..macam mana orang ramai nak tahu…kerajaan kena serius