Ali Hamsa Ketua Setiausaha Negara yang Baru

June 15, 2012 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


Dari laporan www.themalaysianinsider.com, pegawai kanan kerajaan Datuk Seri Dr Ali Hamsa akan dinamakan sebagai Ketua Setiausha Negara (KSN) minggu depan, menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang akan bersara pada 23 Jun selepas perkhidmatannya dilanjutkan sebanyak tiga kali sejak pelantikannya pada 3 September, 2003.

Ali yang berumur 60 tahun itu adalah Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) di dalam Jabatan Perdana Menteri.

Sebelum ini, terdapat khabar angin bahawa Ali atau Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Professor Datuk Ir. Dr. Zaini bin Ujang akan mengganti Sidek.

“Ali Hamsa akan menjadi KSN yang baru,” sumber memberitahu The Malaysian Insider.

Pada tahun 2009, Ali dinamakan sebagai ketua pengarah pertama UKAS dan telah dikreditkan dengan menggandakan pencapaian sasaran tahunan sektor swasta pada tahun 2011, di mana ia melompat dari sasaran RM30 milion kepada lebih dari RM65 milion.

BHO Blog – selamat menjalani tugas, amanah baru dipimpin harap dapat direalisasikan dan dijayakan dengan sebaiknya.

 

Info Menarik Mengenai Jawatan Ketua Setiausaha Negara

Ketua setiausaha negara ialah Setiausaha Kabinet bagi negara Malaysia. Ketua Setiausaha Negara dilantik oleh Yang di- Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Oleh sebab itu, individu yang memengang jawatan ini tidak boleh dipengaruhi atau terilibat secara aktif dalam arena politik negara. Ketua Setiausaha Negara merupakan pegawai perkhidmatan awam yang tertinggi di Malaysia. Hal ini bermakna semua kakitangan awam di Malaysia berada di bawah Ketua Setiausaha Negara.

Ketua Setiausaha Negara adalah penasihat kepada Perdana Menteri Malaysia di dalam hal- hal berkaitan pentadbiran negara kerana Ketua Setiausaha Negara merupakan kunci utama kepada penjawat awam di Malaysia yang menggerakkan pelbagai sektor di negara ini. Selain itu juga, Beliau bertindak sebagai Jawatankuasa Perhubungan antara kerajaan Persekutuan dan dan kerajaan- kerajaan negeri. Hal ini berperanan sebagai pemupuk kesefahaman kepada pentadbiran kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.

Disamping itu, beliau juga menjadi Pengerusi Mesyuarat Ketua- Ketua Setiausaha Kementerian.

 

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags: , ,

Category: Tempatan

About the Author ()

BHO tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen dan kritikan yang dibuat oleh pelawat BHO blog. Segala maklumat dan pertanyaan berkenaan BHO blog bolehlah dimaklumkan ke alamat emel mybantuan@gmail.com

Leave a Reply