Amah tak mahu pulang bakar rumah


Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa@kosmo.com.my


PEMBANTU rumah yang dikenali sebagai Dinda (kiri) ditahan anggota polis selepas disyaki membakar rumah milik sebuah keluarga di Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU – Seorang amah Indonesia yang enggan dihantar pulang bertindak liar membakar rumah milik satu keluarga yang didiaminya di Taman Murni Indah di Telaga Daim, Seberang Takir dekat sini semalam.

Selepas itu, pembantu rumah yang berusia 14 tahun yang dikenali dengan panggilan Dinda itu melarikan diri dengan membawa dua buah komputer riba milik pemilik rumah terbabit berserta duit berjumlah RM500.

Dinda dari Palembang, Indonesia dikatakan bertindak demikian kerana enggan dihantar pulang oleh majikannya. Majikan Dinda ialah kawan kepada adik pemilik rumah yang dibakar itu.

Kejadian itu berlaku pada pukul 10 pagi ketika pemilik rumah tersebut, Intan Zuhaidah Abd. Wahab, 40, tiada di rumah kerana menguruskan persekolahan anak perempuan bongsunya.

“Saya mengetahui rumah saya dibakar selepas menerima panggilan telefon daripada suami, Mazli Mohamad pada pukul 10.30 pagi,” kata Intan.

Sumber : Kosmo Online


Carian BHO


Baca Post Lain yang Berkaitan:

  1. Lalok gam, bakar rumah nenek
  2. Indonesia tuntut gaji amah RM800 sebulan
  3. Keputusan beku hantar amah diketahui Disember
  4. Pulang selepas 11 tahun – Tinggalkan keluarga lari ikut lelaki Lombok pulang kenegara
  5. Amah Jadi GRO
  6. Banjir Di Kelantan & Terengganu Semakin Parah
  7. Amah dakwa dibotakkan kepala, diikat dalam tandas
  8. Rumah setinggan pelakon Slumdog dirobohkan
  9. Fatine Takut Pulang Ke Malaysia
  10. Ah long ganas tembak rumah

 

2 Comments

 

  1. Nazir January 7, 2010  8:47 am Reply

    pehhh dasat bangat. Kebanyakkan amah semua nak balik ke Indon tp minah ni lain plsk..dunia2

  2. Umar January 8, 2010  1:37 pm Reply

    macaman budak umur 14 tahun boleh diterima bekerja di Malaysia? Jabatan yang berkaitan di Malaysia perlu perketatkan proses saringan. Saya difahamkan mereka memang mudah mereka mengubah ngubah umur ni, jadi jangan terima bulat bulat, teliti dulu pasport mereka. Budak budak memang mengikut perasaan jadi kesalahan bukan terletak pada Dinda bulat bulat.

(TEKAN) Takkan Baca Sahaja, Kongsilah Pendapat Anda :)

 

Your email address will not be published.

@ Guna Facebook Comment di Bawah