Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora

September 5, 2009 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia pada Sabtu mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama di kawasan utara perairan Selat Melaka dan perairan Sabah bermula hari ini sehingga Selasa.

Menurut kenyataan jabatan itu, angin kencang barat daya dengan kelajuan antara 40km hingga 50km sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di perairan Kedah, Perlis, Langkawi, Kudat dan pantai barat Sabah serta Labuan.

Menurut kenyataan itu lagi keadaan angin kencang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada bot kecil serta aktiviti rekreasi dan sukan laut.

Selain itu angin kencang selaju 50km hingga 60km sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang melanda utara Sabah berhampiran pulau Palawan Filipina, perairan Phuket, Thailand, Reef North, Condore dan Layang-Layang sejak Selasa lepas dijangka berlarutan sehingga Isnin ini.

– BERNAMA

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags:

Category: Berita

About the Author ()

BHO tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen dan kritikan yang dibuat oleh pelawat BHO blog. Segala maklumat dan pertanyaan berkenaan BHO blog bolehlah dimaklumkan ke alamat emel mybantuan@gmail.com

Leave a Reply