Ancaman anjing liar
KUALA LUMPUR: Penghuni flet Taman Aman Putra, Jinjang Utara diancam anjing liar yang semakin meningkat bilangannya sehingga menimbulkan suasana tidak selesa selain bimbang dicederakan haiwan itu.
Dia yang menetap di situ sejak 2007 mendakwa haiwan itu berkeliaran dengan banyaknya tidak kira waktu sejak kebelakangan ini selain meninggalkan najis.
Menurutnya, haiwan berkenaan juga akan mengotorkan kawasan perumahan dengan menggali semula sampah yang dibuang penduduk hingga menimbulkan bau busuk.
“Walaupun belum ada kejadian tidak diingini berlaku, kita harus berjaga-jaga dan sentiasa mengawasi kawasan persekitaran kerana ia akan muncul bila-bila saja.
“Pernah satu hari sewaktu mahu pergi kerja, anjing liar berkeliaran sekitar kereta, malah ada yang bersandar dan tidur di pintu, menyebabkan saya mengambil masa menunggu haiwan itu beredar,” katanya.
Menurutnya, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pernah mengadakan operasi menangkap haiwan berkenaan pada 2003 namun selepas itu tiada lagi tangkapan dilakukan.
Katanya, jumlah haiwan itu sekarang dikatakan hampir lapan hingga 10 ekor dan dibimbangi jika ia tidak ditangani segera, jumlah berkenaan akan terus meningkat serta mendatangkan kemudaratan kepada penghuni di sini. Seorang lagi penghuni, Azirah Rosli, 30, berkata anjing di situ berani hinggakan ada yang naik ke kawasan kaki lima pangsapuri.
“Sebagai Muslim, pasti ia mendatangkan perasaan tidak selesa kerana membabitkan soal hukum. Kanak-kanak yang mahu bermain juga terganggu akibat kehadiran haiwan liar ini.
“Diharap pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan kerana ia akan jadi lebih serius jika tidak dibendung dari sekarang,” katanya.
Sumber : Harian Metro










