Ariel tidak boleh tidur di penjara

July 27, 2010 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


JAKARTA – Sama ada suka atau tidak, bekas penyanyi kumpulan terkenal Peterpan dari Indonesia, Ariel terpaksa menjalani tahanan di sebalik jeriji besi di sebuah ibu pejabat polis di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Keadaan itu membuatkan dia cuma boleh tidur pada waktu siang.

Bukan kerana kekasih Luna Maya itu tidak dibenarkan tidur, tetapi Ariel mengakui bahawa dia susah untuk tidur pada waktu malam hari.

“Ariel sihat, tetapi dia tidak boleh tidur pada waktu malam. Dia cuma boleh tidur pada waktu siang,” jelas peguam Ariel, OC Kaligis ketika ditemui di sebuah ibu pejabat polis di Jakarta Selatan.

Walaupun dia sukar tidur pada waktu malam, Ariel masih tabah kerana ditahan berhubung kes video lucah melibatkan dua lagi selebriti iaitu pengacara Luna Maya yang merupakan kekasihnya dan seorang lagi bekas kekasihnya, Cut Tari.

Ariel mengerjakan solat dan berpuasa selain membantu polis melakukan siasatan berhubung kesnya.

Penyanyi itu merupakan suspek penyebaran klip video seks yang pelakunya mirip dirinya, Luna Maya dan Cut Tari.

Dia menegaskan tidak mengaku salah semasa menyerah diri kepada pihak polis pada 23 Jun lalu.

Namun kes itu kini sedang dalam siasatan pihak polis. Seorang jurutera bunyi kumpulan Peterpan, RJ kini didakwa mencuri dan menyebarkan rakaman video seks Ariel. – Agensi

kredit : kosmo.com.my

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags:

Category: Berita, Luar Negara

About the Author ()

Saya lahir di Hospital Universiti, Kuala Lumpur yg sekarang dikenali sebagai PPUM. Mak dan ayah berasal dari Bota, Perak. Sekarang melanjutkan/study balik di KTMP, KL dalam jurusan teknologi makmal perubatan dan insyaallah akan graduated pada Julai 2012. Pernah belajar di Poli Shah Alam pada Julai 2004 - Julai 2007 dalam jurusan kejuruteraan elektronik perubatan dan pernah bekerja sebagai seorang juruteknik di sebuah syarikat biomedikal swasta di Shah alam sebelum study di KTMP, KL.

Leave a Reply