Atasi masalah pelajar gemuk

April 15, 2011 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


KUCHING: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam melahirkan rasa bimbang dengan masalah kegemukan atau obesiti di kalangan pelajar sekolah.

Beliau berkata, perkara itu antara yang dibangkitkan Kementerian Kesihatan kerana sudah menjadi masalah serius berikutan menunjukkan peningkatan.
“Ia menjadi isu kerana membabitkan anak kecil yang masih bersekolah tetapi gemuk kerana faktor pemakanan. “Mereka banyak makan makanan ringan. Ini menyebabkan mereka tidak cergas dan tidak sihat…ini kena atasi,” katanya pada majlis Program Pemantapan Profesionalisme Warga Pendidik Negeri Sarawak di sini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerana itu dasar Satu Murid Satu Sukan perlu diusahakan bagi menarik pembabitan pelajar dalam bidang sukan.
“Selain pendidikan formal dan akademik, aktiviti kokurikulum juga perlu diberikan perhatian. “Sukan sudah lama menjadi aktiviti kokurikulum. Tetapi kita harus lebih kreatif untuk pelajar lebih terbabit dalam aktiviti itu, ” katanya.
Sementara itu, katanya, kualiti pendidikan perlu ditingkatkan dan dimantapkan lagi bagi memastikan sistem pendidikan negara ini betul-betul mampu melahirkan modal insan yang mampu memacu negara mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi pada 2020.

“Guru adalah barisan hadapan untuk menyediakan pendidikan yang berkualiti. Tuntutan yang agak berat, tetapi kita semua harus pikul tanggungjawab ini,” katanya.
Muhyiddin berkata, kerajaan sudah melaksanakan pelbagai dasar berkaitan pendidikan dan pembangunan modal insan walaupun ia belum mencukupi.

“Pimpinan negara melihat perkara ini perlu diberi perhatian. Ini kerana dunia kini satu perkampungan global dengan teknologi maklumat merentasi dunia,” katanya.
Katanya kementerian memperkenalkan Program Penambahbaikan Sekolah dan ia memberikan hasil baik kerana sekolah tahu kedudukan mereka dan cuba meningkatkan tahap mereka.
Melalui program itu, katanya pengetua dan guru cemerlang dihantar ke sekolah yang pencapaian akademiknya kurang baik dan didapati berjaya meningkatkan tahap pencapaian akademik sekolah berkenaan.
Timbalan Perdana Menteri turut mengumumkan sumbangan kepada 10 sekolah agama bantuan kerajaan dan lapan sekolah agama rakyat iaitu RM50,000 untuk setiap sekolah dengan jumlah keseluruhan RM900,000. – Bernama

Sumber : Harian Metro

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags:

Category: Berita, Tempatan

About the Author ()

Leave a Reply