Atlet negara terima habuan raya

September 3, 2010 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~



SHABERY (tengah) dan timbalannya, Datuk Razali Ibrahim (dua dari kiri) beramah mesra dengan atlet-atlet negara pada majlis berbuka puasa di Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.


RATU skuasy, Datuk Nicol Ann David dan rakan sepasukannya, Azlan Iskandar adalah antara atlet negara yang menerima insentif paling tinggi menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) semalam.

Nicol yang juga pemain No. 1 dunia menerima RM42,187.50 manakala Azlan pula mendapat RM45,000 selepas mereka mengharumkan nama negara di persada sukan anta- rabangsa tahun ini.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek menyampaikan cek Shakam kepada barisan atlet negara pada majlis penyampaian dan berbuka puasa anjuran Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.

Bagaimanapun, Nicol dan Azlan tidak hadir pada majlis tersebut.

Selain kedua-dua jaguh skuasy negara itu, atlet bina badan, Sazali Samad menerima RM8,750 berikutan kejayaannya merangkul gelaran Mr. Asia di Iran awal bulan lalu.

“Pastinya sumbangan ini menjadi pembakar semangat untuk saya dan semua atlet negara yang lain untuk mencipta kejayaan pada kejohanan akan datang termasuk Sukan Asia dan Komanwel nanti,” kata Sazali.

Sebagai rekod, Sazali yang telah 18 tahun membabitkan diri dalam sukan bina badan mencipta sejarah tersendiri apabila muncul satu-satunya atlet dari Malaysia yang pernah merangkul gelaran Mr. Universe.

Kejayaan itu dilakar pada Kejohanan Bina Badan Dunia 2000 di Melaka, 2004 (Rusia), 2006 (Republik Czech), 2007 (Korea Selatan) dan 2009 (Dubai).

Sementara itu, penerima insentif lain termasuk penerjun muda negara, Pandalela Rinong yang menerima RM20,000, atlet boling Alex Liew dan Muhammad Nur Aiman (masing-masing RM20,000) dan perenang paralimpik, Zul Amirul Sidi Abdullah RM6,000.

Beregu badminton negara, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong yang merangkul gelaran naib juara pada Kejohanan Badminton Dunia di Paris, Perancis minggu lalu menerima RM5,000 setiap seorang.

Atlet remaja negara yang terdiri daripada pasukan tenpin boling, pasukan bola jaring dan skuad badminton juga menerima insentif antara RM1,000 ke RM2,500 seorang.

kredit : kosmo.com.my

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags:

Category: Berita, Sukan, Tempatan

About the Author ()

Saya lahir di Hospital Universiti, Kuala Lumpur yg sekarang dikenali sebagai PPUM. Mak dan ayah berasal dari Bota, Perak. Sekarang melanjutkan/study balik di KTMP, KL dalam jurusan teknologi makmal perubatan dan insyaallah akan graduated pada Julai 2012. Pernah belajar di Poli Shah Alam pada Julai 2004 - Julai 2007 dalam jurusan kejuruteraan elektronik perubatan dan pernah bekerja sebagai seorang juruteknik di sebuah syarikat biomedikal swasta di Shah alam sebelum study di KTMP, KL.

Leave a Reply