Author Archive: azlan
Budak lelaki ada 25 jari
BHOPAL: Seorang budak lelaki berusia empat tahun menarik perhatian ramai apabila dia memiliki 25 jari, lapor media semalam. Arpan Saxena, dari Bhopal, mengalami dua kecacatan genetik yang jarang berlaku. Satu daripadanya dikenali sebagai Polydactyl yang menyebabkan jari tangan dan kakinya mempunyai jari tambahan. Arpan juga mengalami Syndactyly yang menyebabkan jari tangan dan kakinya bercantum. [...]
Tadika dalam pesawat lama
RUSTAVI, Georgia – Pihak pengurusan sebuah tadika membeli sebuah pesawat lama, Yakovlev Yak-42 di bandar ini. Pesawat itu diubah suai untuk dijadikan sebuah tadika yang mempunyai 15 kanak-kanak. Menurut Reaktor Institut Hubungan Sosial Ukraine-Georgia, Gari Chapidze, pesawat kecil tersebut akan menjadikan kanak-kanak itu berasa seronok untuk belajar di tadika. Chapidze berkata, kanak-kanak itu dibenarkan bermain [...]
Sistem karaoke dalam keranda
MANILA – Sebuah keranda yang dilengkapi sistem karaoke dihasilkan oleh beberapa pekerja di sebuah kilang di wilayah Pampanga, utara bandar raya ini semalam. Pemilik kilang itu, Robert Nogoy mengeluarkan keranda tersebut sempena sambutan Hari Halloween. Nogoy menggantikan bahagian dalam keranda itu dengan sistem karaoke bagi memberi kejutan kepada para tetamu parti Halloween. Para tetamu parti [...]
Kot serba guna
LONDON: Seorang jurutera menemui cara terbaik membawa barang yang banyak menaiki pesawat tanpa perlu mengeluarkan belanja tambahan untuk bagasi. John Power berkata, rekaannya itu dikenali sebagai Jaktogo kot berharga £56 (RM270) yang boleh menjadi beg pakaian. Produk itu pada asasnya adalah sehelai kot tetapi boleh ditukar menjadi beg supaya pemakainya boleh membawa lebih banyak barang ketika [...]
Peninggalan terakhir Steve Jobs
NEW YORK – Pencapaian terakhir pengasas bersama firma komputer Apple di Amerika Syarikat, Steve Jobs (gambar) sebelum beliau meninggal dunia ialah sebuah kapal sepanjang 80 meter, lapor akhbar dalam talian MailOnline kelmarin. Namun, Jobs tidak berpeluang menggunakan kapal itu kerana ia baru disiapkan pada bulan ini, setahun selepas kematiannya. Ia yang dibina sebuah syarikat pembinaan [...]
Penduduk Palestin jadikan bumbung apartmen tempat menanam sayur
BANDAR GAZA, Palestin – Penduduk di sini menanam pelbagai jenis sayur dan tanaman herba di atas bumbung apartmen mereka. Banyak bumbung rumah dan bangunan apartmen di bandar ini dilengkapi sistem penanaman yang menggunakan air serta bahan kumuhan dari tangki-tangki ternakan ikan tilapia sebagai baja. Sistem tersebut menggunakan saluran paip yang panjang dihubungkan ke tempat menanam [...]
Lembu korban tanduk budak lelaki
KARACHI, Pakistan – Seorang budak lelaki cedera selepas dia ditanduk seekor lembu jantan yang akan disembelih sempena Hari Raya Aidiladha di sini kelmarin. Budak tersebut ditanduk semasa haiwan itu mengejar kanak-kanak itu. Bagaimanapun, budak itu hanya mengalami cedera ringan ketika haiwan tersebut terlepas daripada ikatan ketika ia hendak disembelih. Pemiliknya, Abdul Quddoos berkata, lembu korban [...]
Bandar tertua di Eropah ditemui
SOFIA – Beberapa pakar arkeologi menemui lokasi sebuah bandar kecil berhampiran bandar Provadia, timur Bulgaria yang dipercayai paling tua di Eropah. Bandar tersebut wujud antara 4,700 hingga 4,200 Sebelum Masihi. Ia terletak di sekitar sebuah kilang garam tertua di Eropah. Rangka tulang milik seorang lelaki dewasa dan dua kanak-kanak turut ditemui di lokasi tersebut. Penemuan [...]











Komen Pembaca