600 pembeli rumah rugi RM1.26 juta ditipu ‘haji’
Kira-kira 600 pembeli rumah kos rendah di Selangor kerugian RM1.26 juta apabila ditipu seorang individu bergelar ‘haji’ yang mendakwa beliau pegawai tugas-tugas khas sebuah parti politik yang memerintah di negeri terbabit. Pembeli mendakwa lelaki itu menawarkan pembelian rumah kos rendah berharga RM42,000 di bawah skim kerajaan negeri dengan pembeli hanya perlu menyediakan bayaran pendahuluan lima [...]
‘Banjir kali ini lebih besar’
Penduduk di Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah, timur Sarawak dan Sabah dinasihatkan supaya bersiap sedia untuk menghadapi gelombang banjir yang dijangka lebih besar berikutan peralihan musim Monsun Timur Laut, bulan depan.Pengarah Institut Kajian Bencana Asia Tenggara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Ibrahim Komoo, berkata musim tengkujuh kali ini dijangka membawa 40 peratus atau 880 [...]
Loghat boleh jadi Melayu standard jika dibukukan
Saranan membukukan istilah dan perkataan dalam bahasa dialek berupaya memelihara kelangsungan bahasa serta budaya sesebuah negeri, selain memperkayakan kosa kata bahasa Melayu yang kaya dengan pelbagai loghat. Presiden Persatuan Penulis Nasional (PENA), Mohamad Saleeh Rahamad, berkata membukukan istilah dan perkataan dalam loghat daerah bukan saja memainkan peranan dalam penyelidikan bahasa, malah menunjukkan kekayaan budaya serta [...]
Pasangan OKU dicekup khalwat
Sepasang pasangan kekasih yang juga orang kelainan upaya (OKU) dicekup berkhalwat oleh sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) ketika sedang berdua-duaan di sebuah bilik sewa di tingkat atas sebuah bengkel di Jalan Langgar, di sini, pagi semalam.Pasangan itu dikatakan melarikan diri dari rumah ibu saudara masing-masing di Kuala Lumpur, sebelum datang ke [...]
100 bantah roboh gerai berusia 60 tahun
Kira-kira 100 peniaga di Jalan Sekolah 1, Jenjarom, di sini, semalam mengadakan bantahan secara aman bagi menuntut penjelasan kerajaan Selangor kerana merobohkan gerai yang mereka usahakan sejak 60 tahun lalu. Peniaga terbabit mendakwa, kedai mereka dirobohkan pada 26 September lalu atas arahan kerajaan negeri. Peniaga, Kay Teng Khoon, 76, berkata kerajaan negeri sepatutnya menawarkan pampasan [...]
22 lembu jadi korban kereta api
Sebanyak 11 kes melibatkan 22 ekor lembu mati akibat dilanggar kereta api dilaporkan di sepanjang laluan Kuala Krai-Tumpat, bagi tempoh antara Mac hingga September tahun ini. Eksekutif Operasi, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Tumpat, Zaid Ibrahim berkata, kejadian itu antara lain berlaku kerana haiwan berkenaan dibiarkan oleh pemiliknya tidur di atas landasan secara berkumpulan. Beliau [...]
Honda lesap selepas dilanggar
Kumpulan penjenayah menggunakan taktik langgar dan samun kenderaan mangsa muncul lagi. Dalam kejadian Isnin lalu, seorang pengurus sebuah syarikat dekat sini kerugian lebih RM160,000 apabila kereta Honda Accord miliknya dilarikan tiga lelaki di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Lembah Beringin di sini. Kejadian berlaku pada pukul 7.15 pagi ketika mangsa dalam perjalanan dari USJ, [...]
Dicekup ketika ghairah berjudi
Keghairahan 34 kaki judi mempertaruhkan wang simpanan untuk dihabiskan di sebuah premis judi yang berselindung di sebalik pusat hiburan terbantut apabila kesemuanya ditahan dalam serbuan di Taman Muda di sini semalam. Serbuan Ops Dadu pukul 1 petang itu dilakukan selepas polis menerima maklumat mengenai kegiatan haram yang dijalankan di tingkat dua sebuah pusat beli-belah di [...]











Komen Pembaca