Author Archive: zegxro
Ibu terlupa bayi 5 minggu atas bumbung kereta akibat khayal dengan dadah
PHOENIX: Polis di sini menahan seorang wanita yang didakwa memandu keretanya selepas terlupa bayinya yang berusia lima minggu berada di atas bumbung kenderaan itu. Jurucakap polis, James Holmes berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kejadian itu semalam selepas saksi melihat seorang bayi dalam kerusi keselamatan berada di tengah jalan di satu simpang jalan raya. Kanak-kanak itu [...]
Beratus-ratus penunjuk perasaan memenuhi Medan Tahrir
KAHERAH: Beratus-ratus penunjuk perasaan memenuhi Medan Tahrir semalam bagi membantah hukuman penjara seumur hidup yang dijatuhkan kepada bekas pemerintah kuku besi Mesir, Hosni Mubarak, dan ketua keselamatannya yang diumumkan kelmarin, yang dianggapkan terlalu ringan. Sebahagian penunjuk perasaan tidur di dalam khemah atau di tempat terbuka tengah malam kelmarin di dataran bersejarah itu, pusat kebangkitan rakyat [...]
Gerhana bulan tanda peringatan, insafkan ummah
HARI ini kita diperlihatkan dengan kuasa Allah SWT yang Maha Agung iaitu kejadian gerhana bulan. Gerhana ini berlaku ketika bulan berada bertentangan dengan bumi dan terlindung daripada matahari, ini bermakna bulan boleh termasuk ke dalam bayang bumi dan menghilang. Begitulah kehebatan kekuasaan Allah SWT yang mampu mengubah segala-galanya di langit dan bumi pada bila-bila masa [...]
Hati lebih tenang jika berjaya tahan marah, pemaaf
SESIAPA berupaya menahan kemarahan, bererti dalam dirinya memiliki kemuliaan, keberanian, keikhlasan dan kekuatan sebenar. Sebaliknya, orang yang tidak mampu menahan marah adalah golongan yang lemah. Nabi Muhammad bersabda: “Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.” (Hadis riwayat Bukhari). Pentingnya sifat [...]
Polis menahan 400 orang Mat Rempit termasuk 30 wanita dalam operasi membanteras kegiatan lumba haram
GEORGE TOWN – Polis menahan 400 orang Mat Rempit termasuk 30 wanita yang keseluruhan berusia 16 hingga 32 tahun dalam operasi membanteras kegiatan lumba haram di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini awal pagi tadi. Polis turut mengambil keterangan dari 107 orang dripada mereka sebelum dibebaskan. Ketua Pegawai Operasi tersebut, ASP Alhamdu Sehat [...]
Dua lelaki ragut rantai warga emas bernilai RM2,000 berjaya ditahan polis
MELAKA – Polis menahan dua lelaki yang dipercayai meragut rantai leher bernilai RM2,000 milik seorang warga emas di hadapan rumah mangsa di Kampung Gubah, Nyalas Jasin di sini, semalam. Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin DSP Shahidi Abdullah berkata kedua-dua lelaki berusia 30-an itu ditahan di dua daerah berasingan di Melaka kira-kira lima jam selepas kejadian [...]
Pekerja hendaklah bijak urus masa tonton EURO 2012
KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) meminta pekerja yang mengikuti perlawanan bola sepak Eropah UEFA 2012 (EURO 2012) menguruskan masa rehat secukupnya bagi mengelak produktiviti kerja mereka menurun. Ini berikutan, kejohanan edisi ke-14 yang akan membuka tirainya pada 8 Jun hingga 3 Julai depan dilihat mempunyai pengikut ramai termasuk di kalangan pekerja terutama generasi [...]
Pihak berkuasa perlu memperkenalkan konsep masyarakat selamat
KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa perlu memperkenalkan konsep masyarakat selamat berikutan kebimbangan orang ramai terhadap isu keselamatan memandangkan kadar jenayah di negara ini masih serius. Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata masyarakat selamat boleh didefinisikan sebagai tempat orang ramai tinggal, bekerja dan beriadah dengan selamat dan sihat. “Selain [...]











Komen Pembaca