Bagai berada di taman

November 25, 2009 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


Dari pintu gerbang hinggalah bilik karaoke, hampir setiap sudut dan dinding menerapkan dekorasi yang dihiasi dengan gambar dan lukisan bermotifkan flora, ranting pokok dan elemen kayu.


BILIK yang luas mampu memuatkan kapasiti pengunjung yang ramai.


HARI ini, budaya karaoke bukan sekadar menyanyi malah pengunjung mula mencari pusat karaoke yang selamat dan menarik.

Memahami kehendak tersebut, Grand Surf Sdn. Bhd. peneraju pusat hiburan karaoke Red Box, membuka sebuah lagi cawangan barunya di The Gardens Mid Valley, yang sesuai dikunjungi seisi keluarga.

Cawangan seluas 16,000 kaki persegi ini menampilkan ciri-ciri dekorasi moden kontemporari. Saksikan reka bentuk dalaman yang menerapkan kehijauan dan kedamaian taman, seolah-olah membuatkan pengunjung seperti sedang bersuka ria di sebuah taman yang indah.

CAHAYA lampu terang menyinari lorong-lorong bilik karaoke.



Bermula dari pintu gerbang hinggalah bilik karaoke, hampir setiap sudut dan dinding menerapkan dekorasi yang dihiasi dengan gambar dan lukisan bermotifkan flora, ranting pokok dan elemen kayu. Pemilihan jenis flora bukan sahaja menggunakan bunga teratai malah daun berkelopak dan helaian daun lalang ‘dibiarkan’ menjalar di sekeliling bilik.

Pengalaman menyanyi di sini menghidangkan suasana yang mendamaikan. Sepanjang menyusuri lorong ke bilik karaoke, kelihatan rumput dan daun menghijau dilekatkan di dinding.

Meskipun menggunakan set sofa berbalut material kulit rona hitam, Red Box bijak menyuntik elemen ceria. Koleksi kusyen kecil berwarna-warni seakan mengembalikan kesegaran bilik, apatah lagi gambaran hutan yang merimbun.

KEBERSIHAN tandas dan bilik persalinan sentiasa dititikberatkan.



Mengambil kira permintaan pasaran terutamanya yang membuat tempahan dalam jumlah yang besar, Red Box The Gardens menyediakan sebuah bilik yang mampu memuatkan kapasiti sehingga 100 orang.

Dilengkapi dengan pentas dan bilik persalinan, membuatkan aktiviti atau majlis yang dianjurkan berlangsung dengan meriah.

Selain menampilkan hasil sentuhan dekorasi yang kreatif, pengunjung juga ditawarkan kelengkapan sistem audio visual merangkumi skrin LCD gergasi yang dilengkapi mikrofon tanpa wayar di dalam setiap bilik. Ini bermakna pelanggan dapat menikmati kualiti gambar yang terang dan kontras yang lebih baik menerusi LCD dan televisyen Plasma.

“Pengunjung juga boleh mengubah cahaya lampu sama ada menjadikannya berwarna-warni atau seperti konsert terbuka mengikut kesesuaian majlis atau cita rasa masing-masing.

MOTIF daun hijau mendamaikan suasana bilik karaoke.



“Selain itu, kami turut menyediakan kemudahan Wi-FI secara percuma supaya membolehkan pelanggan melayari Internet ketika berkunjung ke sini,” jelas Pengarah Urusan Grand Surf Sdn.Bhd., Valeri Choo.

Malah, Red Box The Gardens menyediakan servis terbaik dan efisien selain menambah makanan dan minuman pada harga yang berpatutan. – IZYAN LIYANA MOHD DARIF

kredit : kosmo.com.my

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags: , ,

Category: Berita, Tempatan

About the Author ()

Saya lahir di Hospital Universiti, Kuala Lumpur yg sekarang dikenali sebagai PPUM. Mak dan ayah berasal dari Bota, Perak. Sekarang melanjutkan/study balik di KTMP, KL dalam jurusan teknologi makmal perubatan dan insyaallah akan graduated pada Julai 2012. Pernah belajar di Poli Shah Alam pada Julai 2004 - Julai 2007 dalam jurusan kejuruteraan elektronik perubatan dan pernah bekerja sebagai seorang juruteknik di sebuah syarikat biomedikal swasta di Shah alam sebelum study di KTMP, KL.

Leave a Reply