Bangkok bakal tenggelam?


http://3.bp.blogspot.com/-8hQVJIZC7eI/Tc6ZMA_QpBI/AAAAAAAAEcM/hFl0qztuNYk/s1600/thailand.jpg

Pihak berkuasa Thailand hari ini memberi amaran banjir yang kini melanda utara Bangkok semakin menghampiri pusat bandar itu dengan benteng banjir tidak mampu menyekat limpahan air.

Jurucakap pentadbiran Bangkok, Jate Sopitpongstorn berkata, ekoran itu kerja-kerja memperbaiki pintu air dilakukan bagi mengurangkan kesan banjir di pusat bandar yang menjadi nadi terpenting Thailand.

Jelasnya, pusat bandar Bangkok kini hanya bergantung dengan sistem perparitan sedia ada untuk menghadapi banjir.

Semalam, banjir telah menenggelamkan persimpangan Lad Phrao yang menempatkan bangunan pejabat, kondominium dan pasar raya utama dan terletak tidak jauh dari pasar minggu popular, Chatu Chak.

Bencana banjir yang bermula pada akhir Julai lalu telah meragut 450 nyawa di seluruh negara.

Sehubungan itu, pihak berkuasa mengeluarkan arahan berpindah kepada penduduk di lapan daripada 50 daerah di Bangkok. – AGENSI

 

Bahayanya bencana alam, selepas habis pilihan raya Thailand terus kena. Ada hikmahnya ini.  isk2 :cool:


Carian BHO


Baca Post Lain yang Berkaitan:

  1. Haadyai tenggelam
  2. Bangkok diramal ‘lesap’ pada 2017
  3. Sembilan cedera di Bangkok
  4. Banjir di selatan Thailand ragut lagi 12 nyawa
  5. Pelancong bersihkan Bangkok
  6. Pesta air di Bangkok
  7. 1 maut, 10 cedera bom di Bangkok
  8. 200 juta penduduk bakal hilang kediaman
  9. Bangkok jadi lautan darah
  10. Baju Merah kembali lagi di Bangkok

 

1 Comment

 

  1. Kobot Dauni November 6, 2011  6:21 pm Reply

    Harap-harap perkara seperti ini tidak akan berkali kat malaysia.. =(

(TEKAN) Takkan Baca Sahaja, Kongsilah Pendapat Anda :)

 

Your email address will not be published.

@ Guna Facebook Comment di Bawah