Banglo berhantu gagal dilelong

September 23, 2010 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~



GAMBAR menunjukkan banglo berhantu yang gagal dilelong di Portsmouth, Britain.


PORTSMOUTH – Sebuah banglo yang didakwa antara hartanah paling berhantu di Britain gagal dilelong, lapor sebuah akhbar semalam.

Banglo berkenaan yang dikenali sebagai Wymering Manor dan dibina pada kurun ke-17 dipercayai merupakan rumah paling tua di sini, selatan England.

Kediaman itu yang perlu dibaiki jika mahu didiami dilelong oleh Firma Lelongan Andrews & Robertson dengan harga permulaan £375,000 (RM1.8 juta) di London baru-baru ini.

Ekoran beberapa kejadian aneh, pengawal keselamatan enggan bertugas seorang diri pada waktu malam di banglo itu kerana takut kehadiran roh jahat.

Pelbagai kejadian seram termasuk suhu sejuk berlaku secara tiba-tiba, terdapat suara bisikan kanak-kanak dan kemunculan beberapa lembaga pernah dicatatkan dalam dokumen mengenai aktiviti paranormal di kediaman berkenaan. – Agensi

kredit : kosmo.com.my

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags: ,

Category: Berita, Luar Negara, Mystery

About the Author ()

Saya lahir di Hospital Universiti, Kuala Lumpur yg sekarang dikenali sebagai PPUM. Mak dan ayah berasal dari Bota, Perak. Sekarang melanjutkan/study balik di KTMP, KL dalam jurusan teknologi makmal perubatan dan insyaallah akan graduated pada Julai 2012. Pernah belajar di Poli Shah Alam pada Julai 2004 - Julai 2007 dalam jurusan kejuruteraan elektronik perubatan dan pernah bekerja sebagai seorang juruteknik di sebuah syarikat biomedikal swasta di Shah alam sebelum study di KTMP, KL.

Leave a Reply