Banjir membimbangkan di Johor

December 26, 2011 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


JOHOR BAHRU 26 Dis. — Jumlah mangsa banjir di 24 pusat pemindahan di negeri ini meningkat kepada 1,143 orang malam tadi berbanding 1,107 orang pada sebelah petang.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara semalam, 12 pusat pemindahan dibuka di Segamat setakat pukul 10 malam dan masing-masing enam di Mersing dan Batu Pahat.

Jalan tanah merah menuju ke Kampung Orang Asli Peta di Taman Negara Endau Rompin dilaporkan masih terputus hubungan dan hanya boleh dihubungi melalui bot dan pengangkutan udara.

Menurut portal Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia pula, tiga batang sungai masih melebihi paras bahaya iaitu Sungai Muar di Bukit Kepong (3.34 meter), Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat (9.47 meter) dan Sungai Simpang Kiri di Seri Medan, Batu Pahat (2.39 meter).

Beberapa batang sungai lagi melebihi paras amaran seperti Sungai Bekok di Empangan Bekok, Batu Pahat (17.05 meter), Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat (19.90 meter), Sungai Sungai Senggarang, Batu Pahat (3.28 meter) dan Sungai Lenik di Ladang Chaah, Batu Pahat (5.77 meter). — BERNAMA

credit: Utusan Online
—————————————————————————————————

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags: , , ,

Category: Berita Terkini, Malaysia, Tempatan

About the Author ()

Leave a Reply