Bantah bakar al-Quran di luar Kedutaan AS

August 28, 2010 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


JAKARTA: Kira-kira 100 anggota kumpulan Islam di Indonesia melakukan demonstrasi di luar Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Jakarta, semalam.

Kumpulan itu melaungkan ancaman jihad sekiranya kumpulan Kristian AS meneruskan tindakan untuk membakar al-Quran.

Jurucakap kumpulan itu berkata, rancangan ‘The Dove World Outreach Center’ untuk membakar al-Quran pada ulang tahun kesembilan tragedi serangan 11 September mencetuskan kemarahan umat Islam sedunia.

“Tiada siapa boleh bertoleransi dengan tindakan itu,” kata Roni Ruslan daripada Hizbut Tahrir, organisasi radikal antarabangsa yang menyokong pelaksanaan undang-undang syariah dalam negara Islam.

“Kami menggesa kerajaan AS dan pemimpin Kristian menghentikan rancangan gila berkenaan. Tindakan itu satu penghinaan kepada Islam dan 1.5 bilion umat Islam seluruh dunia,” tambahnya lagi. – AFP

Sumber : Harian Metro

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags:

Category: Berita, Luar Negara

About the Author ()

Leave a Reply