Bapa dera dua anak

July 14, 2010 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


SEGAMAT: Dia terkenal dengan gelaran ‘Mat Goyang’ kerana tabiatnya pemabuk, panas baran dan kaki pukul sejak muda, namun kejadian Ahad lalu di luar perikemanusiaan apabila tergamak membelasah dua anak perempuannya menggunakan rantai kunci bermangga semata-mata kerana bermain basikal di depan rumah.

Bagaikan dirasuk syaitan, bapa berusia 38 tahun itu memukul dua anak perempuannya 13 dan 10 tahun sebelum meninggalkan mereka terbaring di depan rumah mereka di Taman Sri Ganang, Jementah di sini, kira-kira 6.30 petang sehingga meruntun hati orang awam prihatin menghubungi polis.

Difahamkan, suspek terkenal gelaran Mat Goyang itu sering memukul dua anaknya itu walaupun kanak-kanak terbabit tidak melakukan kesalahan.

Tindakan panas baran serta selalu ‘lalok’ akibat pengaruh air kencing syaitan itu akhirnya mendapat pembalasan apabila suspek ditahan.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Majid Mohd Ali berkata, suspek dilihat orang awam hilang arah serta tergamak memukul dua anaknya yang sedang bermain basikal.

“Mulanya jiran mangsa menyangka itu hukuman biasa, namun ia berterusan selama beberapa minit.

“Bapa kejam itu langsung tidak mempedulikan jeritan kesakitan dua anaknya itu terus memukul dua mangsa menggunakan rantai mangga basikal,” katanya.

Menurut Abdul Majid, akibat pukulan itu, dua anak kandung itu dimasukkan hospital kerana cedera di bahagian badan termasuk lebam di peha, tangan dan kaki.

Katanya, suspek kemudian meninggalkan dua mangsa terbaring di depan rumahnya sebelum mereka diselamatkan jiran.

Sumber : Harian Metro

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags: ,

Category: Berita, Jenayah, Tempatan

About the Author ()

Leave a Reply