bapa diugut bunuh

February 17, 2010 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


KUALA LUMPUR: Seorang bapa berusia 58 tahun kini hidup dalam ketakutan apabila kerap diugut bunuh konco ceti haram atau along akibat perbuatan anak lelakinya yang meminjam wang daripada along terbabit.

Difahamkan, lelaki itu yang tinggal bersama keluarganya di Taman Pasir Permata, Batu 5, Jalan Klang Lama, dekat sini, mula diugut bunuh selepas anak lelakinya yang berusia 30 tahun keluar dari rumah keluarganya itu. Lelaki terbabit yang khuatir keselamatan diri, isteri dan anaknya membuat laporan polis baru-baru ini. Menurut sumber, lelaki terbabit yang pulang ke rumahnya pada kira-kira jam 12 tengah malam Ahad lalu terkejut selepas mendapati ada beberapa keping kertas di depan pintu rumahnya. “Lelaki itu yang menyangkakan ia brosur iklan sekali lagi terperanjat apabila mendapati kertas putih itu tertera gambar anak lelakinya. “Dia yang ketakutan kemudian segera masuk ke rumah kerana khuatir jika ada konco along bersembunyi di luar rumahnya,” katanya.

Selepas memasuki rumah, lelaki itu memegang beberapa keping kertas yang tertera gambar anaknya yang tertulis akan membunuh mereka sekeluarga. Difahamkan, anak lelaki mangsa tidak lagi tinggal di rumah bapanya itu dan dipercayai sudah melarikan diri selepas mula mendapat ugutan daripada konco along terbabit. Menurut sumber, anak lelaki mangsa itu dikatakan pernah membuat pinjaman dengan along mencecah ribuan ringgit, namun gagal melangsaikan pinjaman terbabit. “Kini, keluarga mangsa dicari along selepas konco ceti haram itu gagal mencari anak mangsa,” katanya. Difahamkan, bapa lelaki terbabit juga gagal menghubungi anaknya selepas dia keluar daripada rumah itu.

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags: , ,

Category: Berita, Jenayah, Tempatan

About the Author ()

Leave a Reply