Bayar 20 sen guna beg plastik

September 2, 2009 | By | 3 Replies More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


Di Pulau Pinang orang ramai tidak digalakkan menggunakan plastik ketika beli-belah dan pembungkus makanan polisterin. Mengapa?

JANGAN terkejut jika anda diminta membayar RM0.20 sen semasa membeli-belah di mana-mana pasar raya di Pulau Pinang. Ia bukanlah harga untuk beg plastik tetapi itulah nilai yang terpaksa anda bayar kerana menggunakan bahan yang tidak boleh dikitar semula itu.

Sejak 1 Julai lalu kerajaan negeri Pulau Pinang mengumumkan hari Isnin pertama setiap bulan sebagai hari tanpa plastik. Sebagai ganti, orang ramai digalakkan membawa beg sendiri semasa membeli-belah atau menggunakan beg mesra alam.

Sokongan

Mulanya, tindakan yang diperkenalkan sempena Hari Alam Sekitar Sedunia itu dilihat janggal kerana menyusahkan pelanggan yang rata-ratanya terbiasa dengan budaya beg plastik ketika membeli- belah.

“Mengapa perlu bayar 20 sen sedangkan saya membeli-belah ratusan ringgit setiap minggu di sini,” soal suri rumah, Nor Rehan Abd. Razak.

Bagaimanapun setelah dijelaskan oleh juruwang di kaunter, beliau menyambut baik usaha itu dan menolak beg plastik sebaliknya meminta digantikan dengan kotak kosong yang disediakan pasar raya itu.

Selepas sebulan diperkenalkan ia mendapat maklum balas positif daripada orang ramai terutama generasi muda termasuk beberapa badan bukan kerajaan (NGO).

“Program ini memang cool saya sokong sepenuhnya walaupun ramai yang merungut tetapi inilah tindakan sebenar untuk selamatkan bumi kita,” ujar pelajar sekolah, Raymond Tan, 17.

Polisterin

Bagi Siti Yusliza Zainal, 21 pula, terlalu banyak berkempen tanpa tindakan juga tidak ada gunanya. Bagi Siti Yusliza, usaha ini wajar dicontohi.

Kesungguhan kerajaan negeri untuk menjadikan Pulau Pinang ‘negeri hijau’ bukan omong kosong apabila pada bulan yang sama ia memutuskan larangan menggunakan pembungkus makanan polisterin pada semua program rasminya.

“Penggunaan bekas pembungkus makanan tersebut secara tidak terkawal menjadi sarang pembiakan nyamuk aedes dan larangan ini sebagai langkah memerangi demam denggi,” ujar Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan negeri, Phee Boon Poh.

Beliau berkata, penggunaan pembungkus polisterin bukan sahaja memudaratkan kesihatan pengguna, tetapi juga mendatangkan kesan negatif kepada alam sekitar.

“Tiada lagi penggunaan polisterin selepas ini dan diharap tindakan sama dilakukan oleh pihak swasta dan orang ramai, sebaliknya kita galakkan penggunaan bahan lain misalnya piring kertas.

“Ia mudah dibawa tetapi sikap pengguna yang gemar membuang bekas makanan ini merata-rata, bila hujan ia menakung air dan menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes,” katanya.

Beg kitar semula

Menurut Boon Poh, dua pendekatan yang diperkenalkan kerajaan negeri itu semakin diterima apabila beberapa penganjuran tidak lagi menggunakan bekas polisterin, manakala orang ramai mesra dengan budaya membawa beg kitar semula ketika membeli-belah.

Katanya, bayaran 20 sen yang dikenakan kepada pelanggan yang terlupa menyediakan beg sendiri dan memerlukan beg plastik sebenarnya akan disumbang kepada Program Antimiskin Tegar.

“Duit itu bukan masuk kocek kerajaan, kutipan diambil oleh pasar raya yang terlibat untuk didermakan kepada rumah-rumah kebajikan di negeri ini.

“Pada dasarnya, ada beberapa pengusaha pasar raya besar turut memberi reaksi positif dan berminat untuk turut serta dan kami sedang memperincikan perkara ini,” ujarnya.

Jelas Boon Poh, program itu bukan bermakna kerajaan negeri mengharamkan terus beg plastik sebaliknya mengurangkan jumlah penggunaanya sahaja, malah menggalakkan sekiranya beg plastik sama diguna oleh orang ramai semasa membeli-belah berulang-ulang.

“Hasrat kita seterusnya ialah memanjangkan lagi program ini mungkin kepada dua hari tanpa plastik atau minggu tanpa plastik.

“Jika ia tidak dimulakan sekarang, bila lagi. Walaupun tiada paksaan, tetapi kerajaan negeri berharap penduduk negeri ini dapat memainkan peranan masing-masing agar alam sekitar yang ada boleh diwarisi dengan selamat kepada generasi seterusnya,” ujar beliau.

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags:

Category: Berita, Tempatan

About the Author ()

BHO tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen dan kritikan yang dibuat oleh pelawat BHO blog. Segala maklumat dan pertanyaan berkenaan BHO blog bolehlah dimaklumkan ke alamat emel mybantuan@gmail.com

Comments (3)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Millie says:

    Anda lagi terkejut kalau saya katakan di Miri Sarawak, ada shopping mall yang menyediakan paper bag tetapi di charge dengan harga RM2.50 satu. Cuba anda beritahu saya bagaimana kempen Going Green olehorganisasi alam sekitardi seluruh dunia dapat merealisasikan idea tersebut sehingga menjadi satu tabiat yang menggantikan beg plastik suatu hari nanti?! Ini seolah-olah satu sabotaj agar idea paper bag tidak berpanjangan kerana plastik bag lebih murah & senang dihasilkan tetapi MEROSAKKAN ! Saya telah menonton kesan negatif  dari penggunaan plastik bag dalam dokumentari & The oprah winfrey show & dengan bangga saya menyatakan bahawa saya ialah orang yang berpendidikan oleh itu saya menyokong idea membanteras penggunaan plastik bag untuk selama-lamanya! Kenapa masih ramai individu yang berpendidikan di luar sana seolah-olah memekakkan telinga & memejamkan mata pula? Tiadakah undang-undang yang menyiasat tentang harga yang dikenakan keatas paper bag & mengetatkan lagi penggunaan paper bag di seluruh Malaysia, Sarawak & Sabah? Ini bukan idea orang Barat..ini idea orang berpendidikan yang membawa kita kepada kesedaran bahawa kita memikul tanggungjawab kepada org tua, suami isteri & anak2 tapi tidak kepada Tuhan yang Maha Pencipta! Kerana kita tidak menjaga bumi yang indah dgn alam sekitar, flora & fauna…sebaliknya merosakkannya! Sepatutnya ini adalah tanggungjawab bersama bukan nak menyalahkan kilang memproses plastik aje! FYI untk yang bijak pandai & ada kuasa & connection untuk memperkuatkuasakan lagi langkah2 menjaga bumi dari pemanasan global di negara ini….saya memohon agar anda bertindak segera & tegas!!!
    Terima Kasih!

    • Millie says:

       
      Tolong jangan mengenakan bayaran ke atas paper bag sebaliknya kenakan bayaran ke atas plastik bag! Sebarang harga tidak patut dikenakan ke atas paper bag & harga 20 sen adalah tidak wajar untuk satu bahan campuran kimia yang merosakkan keseimbangan ekosistem serta memberi impak iaitu pemanasan global yang akan menjahanamkan satu-satunya ‘rumah’  manusia, flora & fauna di angkasa!!! Saya masih ingat sewaktu ditingkatan 3 tahun 1999 dahulu seorang guru Geografi telah bersungguh-sungguh menyatakan tentang punca & kesan pemanasan global ini tetapi waktu itu saya hanyalah seorang pelajar yang tak mahu terkandas dlm subjek beliau…sekarang saya percayakan isu itu (pemansan global)! dan kesunguhan beliau menerangkan tentang isu itu dapat saya fahami sekarang! Seandainya saya terdaya melakukan seperti yang Oprah Winfrey lakukan tentang isu ini……?

      :(
       

  2. eika says:

    aq nk karangan yg ikut tajuk… bukannya karangan mcm nie….:x

Leave a Reply