Bayi seberat 6.15kg selamat dilahirkan

November 24, 2009 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


NORMAH dan suami, Ghazali Kamal melihat cucu ke-12 mereka seberat 6.15 kilogram yang selamat dilahirkan, awal pagi semalam.

Ibu gemar buah kedondong, minum teh ais

ALOR SETAR: Sebuah pusat perubatan swasta di Jalan Putra di sini, mencatat sejarah apabila menerima kelahiran bayi terbesar di negeri ini seberat 6.15 kilogram (kg), awal pagi kelmarin.

Bayi itu dilahirkan seorang suri rumah, Aishah Yasin, 35, kira-kira jam 2 pagi kelmarin mengatasi rekod kelahiran bayi seberat 4.65 kilogram yang dicatatkan hospital itu, Jun lalu.

Bayi itu dipercayai kedua paling berat di negara ini berdasarkan catatan Malaysia Book of Records. Bayi terberat yang dilahirkan mencecah hampir sembilan kilogram kira-kira empat tahun lalu.

Sebelum ini, bayi lelaki seberat 5.32 kg yang dilahirkan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) diiktiraf sebagai bayi terbesar di negeri ini.

Aishah yang ditemani suaminya, Mohd Ali Khan Ghazali, 41, ketika ditemui di pusat perubatan itu bersyukur dan gembira kerana melahirkan anak kelimanya dengan selamat secara normal walaupun saiz bayinya agak luar biasa.

“Kebijaksaan doktor yang menguruskan kelahiran itu mendorong saya untuk menguatkan semangat melahirkan anak secara normal.

“Saya memang tidak menyangka akan melahirkan anak seberat ini kerana ketika ujian pengesanan bayi saya dilaporkan seberat 4.5 kg saja.

“Walaupun merasa agak letih selepas dimasukkan ke dewan pembedahan jam 10 malam, ia terubat apabila doktor memaklumkan anak saya sihat dan beratnya 6.15 kg,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Katanya, sepanjang mengandung anak lelaki itu, dia kurang selera makan dan gemar makan buah kedondong dan minum susu serta teh ais.

Setiap hari beliau makan hampir satu kilogram buah kedondong sehingga memaksa suaminya pergi mencari di merata tempat untuk mendapatkan buah itu.

“Setiap hari saya terlalu ingin makan buah kedondong dan saya mengambilnya dalam jumlah yang banyak mencecah satu kilogram sehari dan nasib baik suami memahami kehendak saya ini.

“Kelima-lima anak saya mempunyai berat badan yang istimewa iaitu anak sulung seberat 3.9kg, kedua 3.8 kg, ketiga (4kg) dan keempat 5kg,” katanya.

Nenek bayi itu, Normah Abdulllah, 57, ketika ditemui merasa gembira dengan kelahiran cucu yang ke-12 itu sambil mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menguruskan cucunya sehingga selamat.

“Sepanjang menantu saya mengandung, tiada perkara pelik berlaku kecuali gemar makan buah kedondong,” katanya.

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags: , , ,

Category: Berita, Hari ini, Tempatan

About the Author ()

Leave a Reply