Bekas isteri minta maaf

July 9, 2010 | By | 1 Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


KUALA LUMPUR: Masalah yang membelenggu penyanyi nasyid, Mohd Fitri Mohd Haris selepas bekas isteri keduanya mendakwa dia mengabaikan tanggungjawab sebagai suami dan sering meminta wang menemui jalan penyelesaian menerusi perbincangan keluarga.

Mohd Fitri, 26, berkata, selepas penjelasannya disiarkan Harian Metro semalam, keluarga bekas isterinya yang berusia 26 tahun itu faham masalah sebenar dihadapi bekas anggota kumpulan UNIC itu.

“Saya bersyukur kerana mereka faham. Saya juga meminta maaf kepada mereka kerana tidak sempat berbincang, sebaliknya tampil memberi penjelasan disebabkan dakwaan itu.

“Sebelum ini, memang saya memendam perkara itu kerana ia terlalu peribadi, tetapi kini Alhamdulillah keluarga dia faham dan kami akan berbincang mengenainya untuk bersama-sama mencari jalan penyelesaian terbaik,” katanya yang dihubungi semalam.

Katanya, bekas isteri keduanya itu juga menghubunginya bagi meminta maaf kerana membuat pendedahan melulu.

“Pada sebelah malam selepas program televisyen itu disiarkan, dia menghubungi saya meminta maaf, saya cuma bertanya kenapa berbuat begitu tetapi tidak mengapalah kerana isu ini sudah dapat diselesaikan,” katanya.
Mohd Fitri berkata, apa yang dijelaskan menerusi Harian Metro semalam adalah kebenaran dan dia tidak berselindung apa-apa.

“Saya mengaku berkahwin dengan dia di Songkhla, Thailand tetapi dakwaan lain yang tidak benar itu saya nafikan kerana terlalu berat untuk ditanggung.

Saya tiada niat mengaibkan sesiapa cuma mempertahankan diri daripada pandangan negatif orang yang mengenali saya,” katanya.

Dia berkata, bekas isterinya itu juga dibawa keluarganya pulang ke kampung di Perak kerana sudah sebulan tidak balik.

“Ada keluarganya yang tidak tahu apa sebenarnya berlaku tetapi saya akan berjumpa mereka selepas ini bagi menyelesaikannya,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags:

Category: Berita, Tempatan

About the Author ()

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Ebo says:

    Assalaamu’alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

    Salam cinta negeri.

    Namaku Aulia Rachma Yasin.

    Bapakku adalah salah seorang pimpinan KPK yang bernama MOCH. JASIN dan ummiku adalah seorang ustadzah yang bernama WIWIN P. SENAPRAGANA.

    Aku bersyukur pada Allah mempunyai orang tua yang mendapatkan tugas MULIA dari Allah: Bapakku memberantas korupsi di negeri ini dan ummiku seorang yang menegakkan agama-Nya dengan mendakwahkan kalamullah-Nya.

    Aku kagum dengan pengaturan-Nya Yang Maha Sempurna, yang telah mempersatukan mujahid dan mujahidahnya.

    Kedua orang tuaku diberi AMANAH oleh Allah yang cukup berat. Setiap melakukan kebaikan tentunya akan mendapatkan ujian yang sangat besar.

    Sebagai anak aku tak henti-hentinya berdoa agar kedua orang tuaku diberi kekuatan oleh Allah untuk dapat melaksanakan amanah-Nya dengan BENAR di hadapan-Nya.

    Dan ada satu hal lagi yang paling aku syukuri, yaitu Allah telah memberiku seorang ummi, yang bukan saja menerangi umat dengan cahaya Al Qur’an dan As Sunnah Nabi SAW, akan tetapi juga beliau membimbing, membina, serta memberi contoh kepada aku dan keluargaku ke jalan yang lurus dengan berpegang teguh pada tali kebenaran (agama Allah).

    Aku selalu mengikuti kegiatan orang tuaku baik sekedar memperhatikan bapakku di televisi maupun mengikuti ummiku dakwah ke berbagai tempat, di antaranya di Masjid Raya Provinsi Jawa Barat, Bandung. Keyakinanku terhadap kebenaran yang ummiku sampaikan selalu bertambah dan aku sangat meyakini bahwa berdasarkan apa yang kusaksikan dan berdasarkan pengetahuanku yang didapat di pesantren selama ini bahwa apa yang didakwahkan ummiku adalah sesuatu yang selama ini dibutuhkan oleh semua umat muslim di dunia ini. Keyakinanku ini tidak dapat digoyahkan oleh apapun dan siapapun. Dan yang paling kusukai adalah ketika ummiku memberikan materi TARBIYAH MA’RIFAT yang merupakan basic concept of religion. Beliau senantiasa berusaha untuk mengeluarkanku dari kegelapan menuju cahaya-Nya. Aku butuh didikan yang tegas dan istiqomah. Dan aku juga merasa nyaman dan aman dengan kondisi yang kondusif untuk mempelajari materi lain, yaitu MINHAJUL HAYAH sebagai tuntutan hidup, di mana aku harus melaksanakan misi dari-Nya sebagai manusia yang diamanahi-Nya dengan dua tugas mulia, yaitu sebagai al ‘abid dan kholifah.

    Semoga sikap yang kuambil untuk tujuan fii sabilillaah ini mendapat perlindungan Allah. Dan semoga semua orang yang memandang dengan sebelah mata dan mendengar dengan sebelah telinga dapat memahami penilaianku ini yang juga merupakan penilaian agama.

    Kini bagiku materi tidaklah begitu penting, tapi aku sangat membutuhkan tuntunan kepada KEBENARAN untuk mencapai keselamatan dalam hidup di dunia dan di akhirat..KEBENARAN YANG BERSUMBERKAN AL QUR’AN dan AS SUNNAH NABI SAW. BUKAN KEBENARAN YANG RELATIF sebagaimana menurut pendapat sebagian orang dan juga BUKAN KEBENARAN PALSU yang dibungkus dengan KAIN SUTERA yang dapat menyilaukan semua orang hingga akhirnya tidak dapat mengetahui lagi MANA KEBENARAN dan MANA KETIDAKBENARAN.

    Jika dalam hidup ini aku disuruh memilih, maka pilihanku adalah MENGIKUTI KEBENARAN dan ORANG YANG MEMBAWA KEBENARAN tersebut. Yaa Nuur, terangilah semua hati yang gelap karena dunia, JABATAN, HARTA, dan WANITA dengan hidayah cahaya dan pertolongan-Mu. Amin, Yaa Mujibas Saa`ilin.

    Terimakasih, Yaa Allah, Engkau telah mempersatukan bapakku dengan ummi. Semoga pernikahan antara seorang MUJAHID dan MUJAHIDAH-NYA senantiasa Engkau jaga dengan kekuasaan-Mu, Engkau jauhkan dari segala guncangan yang memberatkan mereka.

    Hamba hanya ingin kedua orang yang hamba cintai, Engkau satukan dengan limpahan cinta-Mu..

    Aku mohon masukan/saran/tanggapan juga nasihat dari semua pembaca notes-ku ini.

    Terimakasih banyak atas pengertian kalian semua. Mari kita tegakkan bersama KEBENARAN. Saran kalian insya Allah menjadi masukan berharga bagiku.

    Wassalaamu’alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

    Jazakillaahu khoiron katsiron.

    

Leave a Reply