Bekas pengarah dituduh pecah amanah RM24j

June 25, 2010 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengarah sebuah syarikat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas sembilan pertuduhan termasuk menipu dan pecah amanah membabitkan jumlah RM24 juta, empat tahun lalu.

Tertuduh iaitu bekas pengarah syarikat LFE Corporation Berhad, J Alan Rajendran, 54, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu dan minta dibicarakan di hadapan Hakim SM Komathy Suppiah.

Mengikut pertuduhan pertama, Alan didakwa mengikut Akta Perindustrian Sekuriti 1983 iaitu menggunakan wang milik syarikat terbabit berjumlah RM9 juta dan dimasukkan ke akaun bank anak syarikatnya, LFE International Limited melalui Bank Standard Chartered Bank Malaysia Berhad.

Tertuduh didakwa menggunakan wang itu untuk membeli sembilan juta unit saham di Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd Aras 15, Exchange Square, Bukit Kewangan di sini, antara 4 Januari dan 8 Februari 2007.

Alan turut didakwa atas pertuduhan alternatif iaitu pecah amanah wang RM9 juta kepunyaan syarikat LFE Corporation Berhad di Standard Chartered Bank Berhad, No 2 Jalan Ampang, di sini.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan pecah amanah terhadap wang RM9,990,000 milik LFE Corporation Berhad dan ia dilakukan di Standard Chartered Bank Berhad, Jalan Ampang, di sini, antara 11 Januari 2007 dan 16 Januari 2007.

Tertuduh turut didakwa atas pertuduhan ketiga dan keempat iaitu bersubahat dengan Chin Soong Jin, 33, menipu EON Bank Berhad untuk mempercayai penerimaan oleh LFE Engineering Sdn Bhd, adalah berdasarkan belian yang sah oleh LFE Engineering Sdn Bhd daripada dua syarikat berbeza sedangkan belian itu adalah palsu.

Perbuatan tertuduh mendorong Eon Bank Berhad melepaskan wang masing-masing RM870,000, RM1,800,000 dan RM1,298,000 kepada Contour Trade Sdn Bhd dan Right Meridian Sdn Bhd.

Dia yang diwakili peguam Datuk N Sivanathan didakwa melakukan kesalahan itu di EON Bank Berhad, Aras 2 Menara EON Bank, 288 Jalan Raja Laut, di sini, antara 16 Oktober dan 19 Oktober 2006.

Bagi pertuduhan kelima hingga kesembilan, Alan didakwa mengemukakan penyataan palsu yang berakhir pada 31 Mac 2007 dan 30 Jun 2007 kepada Bursa Malaysia Sekuriti Berhad.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Chong Loong Meng menawarkan wang jaminan RM1 juta dengan seorang penjamin.

Sumber : Harian Metro

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags: ,

Category: Berita, Jenayah, Tempatan

About the Author ()

Leave a Reply