Belum ajal

August 19, 2012 | By | 1 Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


RIO De JANEIRO: Seorang buruh binaan berusia 24 tahun, selamat selepas besi sepanjang enam kaki jatuh dari atas dan menembusi kepalanya, kata doktor, semalam.

Ketua staf Hospital Miguel Couto, Luiz Alexandre Essinger, berkata, doktor berjaya mengeluarkan besi itu dari tengkorak kepala Eduardo Leite dalam pembedahan yang mengambil masa lima jam.

Katanya, “Leite dibawa ke bilik bedah, tengkorak kepalanya dibuka dan mereka memeriksa otaknya. Selepas itu, pakar bedah membuat keputusan untuk menarik keluar batang besi itu dari arah yang sama ia memasuki otaknya.”

Dia berkata, Leite sedar ketika dia dibawa ke hospital dan mereka memberitahunya apa yang berlaku. Leite jelas dengan apa yang berlaku dan tidak menunjukkan tanda-tanda negatif selepas dibedah.

 
Essinger berkata, “Dia menunjukkan tanda-tanda akan sembuh dan tidak merungut walaupun telah dibedah selama lima jam. Dia tidak berasa terlalu sakit,” katanya.

Batang besi itu terjatuh dari tingkat lima bangunan yang masih dalam pembinaan, menembusi topi keras Leite dan masuk bahagian belakang tengkorak dan keluar di bahagian antara kedua-dua matanya. Ia benar-benar satu keajaiban untuk Leite masih hidup.” – Daily Mail

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Category: Luar Negara

About the Author ()

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Wan says:

    Tengok gambar cara besi tu tercucuk mmg ngeri…, semua dengan kehendak Allah S.W.T. …namapun belum ajal…

Leave a Reply