Belum masa ambil jurulatih asing

September 18, 2010 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~



PARA pemain sepak takraw negara telah menjalani latihan pusat sejak beberapa tahun lalu.


PERLUKAH kita menggunakan khidmat jurulatih asing untuk mengembalikan kegemilangan sukan sepak takraw negara? Isu ini mungkin tidak sesuai untuk dibincangkan ketika ini kerana ia dianggap sebagai suatu isu yang sensitif.

Selain boleh menjejaskan mental pemain, ia juga bakal ‘merun- tuhkan’ semangat para jurulatih skuad elit negara yang diketuai be- kas pemain kebangsaan, Iskandar Arshad.

Ketika ini, Iskandar dan empat lagi rakannya, Amir Abu Bakar, Rosli Abd Rahman, Ku Halim Ku Musa serta Nasir Ismail diberi tanggungjawab membimbing skuad negara sejak Januari lalu.

Misi mereka cuma satu iaitu me- namatkan kemarau pingat emas selama 16 tahun pada Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China bermula 12 hingga 27 November depan.

Begitupun, kenyataan yang dikeluarkan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong pada 30 Ogos lalu perlu diberi pertimbangan yang sewajarnya.

Zolkples memberitahu, MSN sedia mengkaji cadangan untuk mengambil jurulatih asing bagi membimbing skuad negara.

Katanya, ia merupakan suatu cadangan yang baik tetapi perlu diteliti terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat berhu- bung perkara itu.

Mungkin idea itu tercetus sele- pas skuad negara mempamerkan aksi yang hambar setiap kali menyertai kejohanan antarabangsa sejak beberapa tahun lalu.

Terbaru, skuad negara diaibkan dengan kekalahan kepada Korea Selatan pada Kejohanan Dunia Sepak Takraw Piala Raja Thai ke-25 pada 27 Julai hingga 1 Ogos lalu.

Bagaimanapun, Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) langsung tidak ‘melenting’ sebaik sahaja mengetahuinya.

Presiden PSM, Datuk Ahmad Ismail berkata, beliau memandang idea yang dilontarkan Zolkples dari dua aspek.

“Datuk Zolkples mungkin mahu mencabar jurulatih sedia ada supaya bekerja lebih keras untuk membantu skuad negara mencapai kejayaan,” kata Ahmad kepada Kosmo!

“Yang keduanya, beliau (Zolkples) yakin skuad negara akan memenangi pingat emas pada Sukan Asia 2010 dan kita tidak me- merlukan khidmat jurulatih luar.”

Ahmad berkata, seandainya semua yang dirancang tidak menjadi kenyataan, beliau tidak menolak kemungkinan untuk menerima cadangan yang dikemukakan MSN itu.

Katanya, beliau akan meminta Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan PSM dan Pengerusi Penye- diaan Atlet Sepak Takraw untuk mengkaji cadangan tersebut.

Begitupun, PSM mempunyai kuasa untuk membuat keputusan sama ada mahu menggunakan khidmat jurulatih asing atau seba- liknya.

Menurut Ahmad, banyak perkara yang perlu diberi pertimba- ngan sebelum mengambil jurulatih asing untuk membimbing skuad negara.

“Untuk menilai kemampuan seseorang jurulatih asing, mereka perlu bermula dari bawah. Mereka tidak boleh melatih skuad elit kerana skuad ini memang sudah hebat.

“Jadi, mereka perlu melatih skuad dari sekolah-sekolah sukan atau skuad pelapis kerana dengan cara ini sahaja kita dapat melihat kemajuannya,” kata Ahmad.

Ditanya mengenai jurulatih dari negara mana yang bakal menjadi pilihan, Ahmad berkata, sudah tentu musuh tradisi, Thailand menjadi pilihan.

Bagaimanapun, banyak persoalan yang perlu diberi perhatian terutamanya berkaitan dengan rahsia skuad negara dan keikhla- san jurulatih itu untuk menurunkan ‘ilmu’ sekiranya mereka dipilih.

Namun, beberapa pemerhati sukan sepak takraw negara menegaskan, kemerosotan sukan tradisi orang Melayu ini bukan berpunca daripada jurulatih.

Sebaliknya, ia berpunca daripada program pembangunan yang tidak tersusun terutama pada peringkat akar umbi.

Selain itu, kekurangan kejohanan pada peringkat tempatan juga telah menyebabkan sukan ini semakin ‘jauh di hati’ pemain-pemain muda terutamanya pelajar sekolah.

Lantaran itu, PSM disaran menganjurkan kejohanan tempatan yang melibatkan persatuan-persatuan negeri dan ahli gabungan secara lebih kerap.

Malah ada yang mencadangkan supaya PSM ‘meniru’ program pembangunan yang dilaksanakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (PSM).

Pastinya, kewujudan semula kejohanan berbentuk liga yang melibatkan pasukan negeri dan kelab seperti Liga Super, Liga Perdana, Liga FAM dan Piala Presiden mampu menyemarakkan semula semangat cintakan sukan sepak takraw di kalangan rakyat Malaysia.

kredit : kosmo.com.my

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags: ,

Category: Berita, Sukan, Tempatan

About the Author ()

Saya lahir di Hospital Universiti, Kuala Lumpur yg sekarang dikenali sebagai PPUM. Mak dan ayah berasal dari Bota, Perak. Sekarang melanjutkan/study balik di KTMP, KL dalam jurusan teknologi makmal perubatan dan insyaallah akan graduated pada Julai 2012. Pernah belajar di Poli Shah Alam pada Julai 2004 - Julai 2007 dalam jurusan kejuruteraan elektronik perubatan dan pernah bekerja sebagai seorang juruteknik di sebuah syarikat biomedikal swasta di Shah alam sebelum study di KTMP, KL.

Leave a Reply