Bergambar seksi untuk akhbar

February 5, 2011 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


LONDON – Sally Bercow yang merupakan isteri Speaker Dewan Rakyat Britain, John Bercow menganggap dirinya kelihatan seperti seorang yang bodoh kerana bergambar dalam keadaan seksi, lapor akhbar Daily Telegraph semalam.

Dalam gambar itu, dia hanya menutup tubuhnya yang bogel dengan cadar katil.

Wanita berusia 41 tahun itu membuat kenyataan tersebut selepas gambarnya itu disiarkan akhbar Evening Standard di Britain.

Dia memberitahu stesen radio Perbadanan Penyiaran British (BBC): “Saya mungkin seornag yang bodoh kerana melakukannya (bergambar dengan tubuh ditutupi cadar katil.”

Sally berkata, dia hanya mengetahui perlu melakukan aksi itu semasa tiba di lokasi untuk membuat rakaman gambar itu.

Wanita itu berkata, pada mulanya dia menganggap aksi tersebut akan menjadikan gambarnya kelihatan lebih menarik.

Namun, gambar itu mencetuskan masalah kerana dia merupakan isteri seorang Speaker sekali gus memberi kesan terhadap kerjaya suaminya.

Menurutnya, gambar tersebut untuk ruangan Hari Kekasih dan dia berasa terkejut ekoran reaksi orang ramai berhubung penampilan seksinya. – Agensi

kredit : kosmo.com.my

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags:

Category: Berita, Luar Negara, Pengajaran

About the Author ()

Saya lahir di Hospital Universiti, Kuala Lumpur yg sekarang dikenali sebagai PPUM. Mak dan ayah berasal dari Bota, Perak. Sekarang melanjutkan/study balik di KTMP, KL dalam jurusan teknologi makmal perubatan dan insyaallah akan graduated pada Julai 2012. Pernah belajar di Poli Shah Alam pada Julai 2004 - Julai 2007 dalam jurusan kejuruteraan elektronik perubatan dan pernah bekerja sebagai seorang juruteknik di sebuah syarikat biomedikal swasta di Shah alam sebelum study di KTMP, KL.

Leave a Reply