Buat Duit Dengan Blog

Kali ini saya nak buat artikel sikit tentang buat duit dengan blog yang juga
merupakan entri khas bagi pertandingan di blog BHO -
http://berita-harian-online.com/pertandingan-bho/.
Untuk itu, saya nak cerita
serba sedikit tentang buat duit dari blog atau kita leh katakan menjana duit dari blogging.
Ramai orang kata kita boleh buat duit dengan blog, ye memang betul boleh dapat
duit dari blogging jika kena caranya. Tidak kisahlah samada duit yang diperolehi tu banyak ataupun sedikit sahaja, namun yang penting adalah kita dapat juga duit dari blogging ni.
Jadi apakah langkah pertama yang kita kena buat?
Tentulah kita kena memiliki blog kita sendiri.
Caranya adalah samada mendapatkan blog secara percuma melalui platform seperti
blogspot ataupun wordpress. Selain yang percuma, kita juga boleh buat blog dengan menggunakan hosting berbayar serta jangan lupa domain juga perlu dibeli.
Selepas tu kena belajar cara2 nak installkan blog tersebut pada hosting.
Selepas itu, kita buatlah post dan tambahlah artikel2 yang kita karang sendiri.
Ini lebih baik dari copy and paste dari sumber lain. Cuma, post atau artikel ni kalau boleh biarlah niche yang sama atau niche
yang lebih kurang. Maksud niche ni lebih kurang tema la bagi yang tak tahu. Contohnya niche kereta, niche pendidikan, niche
cinta dan sebagainya la. Yang penting kita minat niche tu.
Untuk dapat duit ni, kita kena join program pengiklanan seperti nuffnang,
adverlets, innity dan banyak lagi. Kita letak banner diorang kat blog kita. Lepas tu, kita kena promote lah blog kita kat kawan2,
orang ramai, facebook dan banyak cara lagi. Selain tu, leh buat blogwalking, pertandingan, iklan diblog lain, SEO dan banyak lagi cara.
Yang penting, kita tambah trafik ke blog kita tiap2 hari. Kalau nak letak banner dari orang perseorangan pun boleh. Tapi
mintaklah bayaran sikit.
Itulah serba sedikit secara ringkas.. yang penting kita ikhlas.
Selamat berpuasa dan selamat hari raya..
Saudara Emas (esempoi.com)
Pertandingan BHO Artikel 3
Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda
Category: BHO Blog











anda boleh cuba buat duit dgn blog dengan clixadx – http://www.clixadx.com