Budak perempuan ditinggalkan bawah flat

February 17, 2009 | By | 1 Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


 
Budak perempuan yang ditinggalkan di bawah rumah pangsa tanpa pengenalan diri di Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU – Siapa ibu bapa kanak-kanak ini?

Itulah persoalan yang timbul apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia dalam lingkungan tiga tahun ditemui di bawah Blok 50, Flat Taman Ungku Tun Aminah, di sini dalam keadaan menangis tengah malam semalam.

Ketua Polis Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata, kanak-kanak itu ditemui kira-kira pukul 12 tengah malam oleh seorang lelaki yang kemudian menyerahkannya kepada polis.

Katanya, turut dijumpai semasa kanak-kanak itu ditinggalkan adalah satu beg plastik yang mengandungi beberapa helai pakaian.

“Kita pun tak tahu siapa nama kanak-kanak ini kerana apabila ditanya, dia akan menangis.

“Kanak-kanak itu kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk menerima rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags:

Category: Jenayah, Sosial, Tempatan

About the Author ()

BHO tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen dan kritikan yang dibuat oleh pelawat BHO blog. Segala maklumat dan pertanyaan berkenaan BHO blog bolehlah dimaklumkan ke alamat emel mybantuan@gmail.com

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. sha says:

    kesianya…. siapalah mak bapak budak ni kan… xder perasaan ker duk tinggal anak macam ni…gilar ke aper?? kesian2…

Leave a Reply