Budak tiga tahun mati didera

SERI KEMBANGAN – Lagi kanak-kanak mati dipercayai didera.
Belum pun reda kisah Syafiah Humairah, 3, meninggal dunia akibat didera teman lelaki ibunya di Ulu Yam Lama, Batang Kali, Selangor pada 26 Februari lalu dan K. Hareswarral, berusia setahun enam bulan mati didera suami pengasuhnya di Pangsapuri Seri Ara Damansara, Petaling Jaya pada 6 Mac lalu, seorang lagi kanak-kanak mati dipercayai didera semalam.
Kali ini melibatkan seorang kanak-kanak perempuan Jasmine Lee@ Lee Swee Hui, 3, dipercayai didera seorang lelaki sejak seminggu lalu.
Ia terbongkar apabila lelaki berusia 27 tahun membawanya ke Poliklinik Komuniti Seri Kembangan di sini dalam keadaan tidak bermaya pada pukul 7.45 pagi semalam.
Lelaki itu membawa mangsa ke klinik tersebut berkemungkinan menyangka dia masih hidup.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Khaw Kok Chin berkata, hasil pemeriksaan pihak klinik mendapati kanak-kanak malang tersebut telah mati kira-kira dua jam sebelum itu dan terdapat 30 kesan lebam di seluruh tubuhnya termasuk di dahi dan badan.
Katanya, polis yang dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pihak klinik kemudian bergegas ke tempat kejadian dan menahan suspek yang merupakan bekas mekanik bagi membantu siasatan.
kredit : kosmo.com.my











ape la orang skrg ni,xd akal ke sampai nak mendera kanak-kanak kecil,kenapalah orang seperti ni harus wujud?apalah yang kanak-kanak tau sgt,biasalah kalau ada buat silap,mereka kan masih kanak-kanak lagi dan masih belajar untuk menjadi dewasa.Saya mengesyorkan supaya hukuman yang lebih berat dikenakan terhadap orang yang mendera ini,lebih-lebih lagi kepada pesalah yang tidak mempunyai hubungan dengan mangsa,mungkin juga mereka patut dihukum dengan secara perlahan-lahan seperti yang mereka lakukan terhadap kanak-kanak yang tidak berdosa sehingga mati…:!:
complete set la 3 bangsa 1 malaysia dera kanak2 hingga mati. semuanya kerana masaalah mental dan hati.lawanya anak tu.klau x nak bagi je la kat aq.aq nak anak pempuan lagi tp x nak branak. dah tue.korang muda2 kejanya nak sedap2 tapi bila dapat hasil,buang la,bunuh la,dera la.apa punye nama manusie la agaknya…..
to dannyana..kan da ank dirumah kebajikan..npe tak amik unuk anak angkat….. klu didik dengan btl..insyaallah.berjaya gak wak menjaga ank tersebut..
to dannyana..kan da knk2 dirumah kebajikan..kenapa tak amik knk2 tersebut untuk anak angkat…. jika didik dengan btl..insyaallah.berjaya gak yana menjaga anak tersebut..