Category archives: Berita Terkini

 

 

Traifik bergerak perlahan di beberapa laluan lebuh raya PLUS

KUALA LUMPUR 21 Jan. — Trafik menghala keluar ibu negara bergerak perlahan hari ini berikutan warga kota mula meninggalkan kediaman masing-masing untuk bercuti sempena Tahun Baru Cina yang akan disambut Isnin ini. Jurucakap PLUSLine ketika dihubungi berkata, berlaku peningkatan trafik di beberapa lokasi di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menghala ke arah utara dan selatan. [...]

 

Apple akan disaman oleh anti monopoli Itali

ROM 28 Dis. – Agensi anti monopoli Itali hari ini mengemukakan tuntutan saman berjumlah AS$1.2 juta (RM3.72 juta) terhadap syarikat teknologi terkenal Amerika Syarikat, Apple Inc. berhubung mengeluarkan maklumat yang mengelirukan pengguna. “Tuntutan saman berjumlah AS$1.2 juta (RM3.72 juta) telah dikemukakan kepada Apple Inc. selepas mendapati syarikat tersebut bertanggungjawab mengamalkan amalan perniagaan yang tidak telus,” [...]

 

Kemalangan Maut, Pelajar dan Bayi antara yang terkorban

Pelajar, bayi maut kemalangan 26/12/2011 11:03am KUALA LIPIS – Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara dan seorang bayi lelaki berusia 10 bulan maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta yang terbakar dan meletup di Km 23, Jalan Lipis-Benta di sini. Ketua Polis Daerah Lipis, Supritendan Abdul Razak Hassan berkata, dalam kejadian kira-kira 5 pagi itu, Hadino Zafan [...]

 

 

SpnKiX dipasaran 2012 pada harga RM2,041

Tambah ancaman obesiti? Seorang model mencuba kasut bermotor (gambar kecil) yang bakal dijual di pasaran dunia pada Februari 2012. – AGENSI CALIFORNIA 25 Dis. – Sepasang kasut bermotor yang mampu membawa pemiliknya sejauh tiga hingga lima kilometer akan mula dijual pada Februari ini dan dijangka menjadi produk yang popular. Alat berkuasa bateri yang dijual pada [...]

 

Latihan 'Velayat 90' Iran bertujuan keamanan

Komander Tentera Laut Iran, Habibulah Sayari menunjukkan peta kawasan latihan Tentera Laut Iran pada sidang media di Teheran pada 22 Disember lalu. – REUTERS TEHERAN 25 Dis. – Tentera Laut Iran, semalam memulakan latihan selama 10 hari di perairan antarabangsa berhampiran laluan minyak strategik di Selat Hormuz. Latihan yang dipanggil ‘Velayat 90′ itu bakal membawa [...]

 

Ramai maut di Colombia akibat letupan

Angka kematian meningkat… SEORANG anggota polis melihat timbunan runtuhan sebuah rumah di pinggir bandar Dos Quebradas, Colombia pada Jumaat lalu. BOGOTA, Colombia – Sebanyak 13 orang disahkan maut dan hampir 100 yang lain cedera dalam letupan saluran paip minyak di barat Colombia, kata beberapa pegawai kelmarin. Letupan sebelum subuh pada Jumaat lalu itu memusnahkan sebahagian [...]

 

70 peratus belia hargai usaha kerajaan

25/12/2011 12:54pm KUALA LUMPUR – Dapatan awal satu kajian menunjukkan 70 peratus responden yang terdiri daripada golongan belia kini berasa lebih dekat dengan kerajaan berikutan langkah yang dilaksanakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mendekati golongan itu. Tinjauan terhadap belia melalui kajian yang dijalankan sejak 2010, berpendapat, mereka menyambut baik penggunaan media sosial [...]

 

Tiduri isteri kawan sendiri

Takut dimarahi suami…tak takut tuhan? GEORGETOWN – “Saya rela dilokap ustaz. Saya tidak mahu suami saya tahu. Kalau tidak pasti dia marah dengan saya,” rayu seorang wanita yang ditahan kerana berkhalwat kepada Ketua Operasi dan Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp), Khairul Azman Azizan. Wanita yang sudah 29 tahun berkahwin dan mempunyai tiga [...]

 

JAKIM siasat pemuda melayu kahwin lelaki

KUALA TERENGGANU 24 Dis. – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang menjalankan siasatan terperinci ke atas seorang pemuda Melayu yang dikatakan berkahwin dengan lelaki Ireland di luar negara seperti yang tersiar dalam Internet baru-baru ini. Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata, siasatan tersebut dijalankan dengan kerjasama Kementerian Luar selain beberapa agensi lain yang berkaitan dan [...]

 

Nasihat polis pada Adam Adli

JOHOR BAHRU 24 Dis. – Penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim diminta membuat laporan polis sekiranya menerima sebarang ugutan yang mengancam diri dan keluarganya. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan jika benar perkara tersebut berlaku. “Jika dia (Adam Adli) serta ahli keluarganya terima [...]

 

Yusry nikahi Lisa tamat spekulasi

Tahniah ye…   PUTRAJAYA 24 Dis. – Pasangan artis sensasi, Yusry Abd. Halim, 38, dan Lisa Surihani, 25, hari ini menamatkan spekulasi apabila mengumumkan akan melangsungkan pernikahan pada 23 Februari depan. Menurut pasangan tersebut, majlis pernikahan akan diadakan di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, Presint 2, di sini, manakala majlis resepsi bakal berlangsung di Pusat [...]

 

Karpal seru Ramasamy undur diri

GEORGE TOWN 24 Dis. – Pertelingkahan antara Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dengan Timbalan Setiausaha Agung parti itu Prof P. Ramasamy semakin tegang apabila Karpal hari ini menyeru Ramasamy mengundurkan diri daripada menjadi Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang. Karpal yang juga Anggota Parlimen Bukit Gelugor, berkata, Ramasamy sepatutnya meletakkan jawatan secara rela hati disebabkan [...]

 

Militan Boko Haram serang tiga bandar

Kekerasan ditegah dalam Islam…nama pun Boko haram.. KANO 25 Dis. – Sekurang-kurangnya 46 orang terbunuh dalam beberapa siri serangan yang dipercayai didalangi militan Islam di utara Nigeria, semalam, kata pasukan perubatan. Serangan yang masuk hari kedua itu yang menyaksikan tiga bandar diserang menggunakan bom dan senjata api, dipercayai perbuatan militan Boko Haram. Kira-kira 19 mayat [...]

 

Wanita UMNO jangan amal pilih kasih

Ye betul..jangan pilih kasih…. MELAKA 24 Dis. – Pergerakan Wanita UMNO diingatkan supaya tidak mengamalkan pilih kasih dalam memberikan khidmat terbaik kepada rakyat. Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, sikap ‘pilih bulu’ perlu dihindari dalam usaha UMNO memenangi hati rakyat. Katanya, setiap aktiviti itu perlu diselaraskan dengan Wanita Barisan Nasional (BN) dalam memastikan setiap [...]