RSSCategory: Berita

2 juta bayi, ibu mati ketika kelahiran: Kajian

2 juta bayi, ibu mati ketika kelahiran: Kajian

JOHANNESBURG (AP) — Lebih dua juta bayi dan ibu meninggal dunia di seluruh dunia setiap tahun kerana komplikasi ketika kelahiran, mengatasi jumlah kematian kanak-kanak akibat malaria, dan HIV/Aids, menurut kajian. Kajian yang diumumkan pada kongres dunia Persekutuan Antarabangsa Gynekologi dan Obstetrik di Cape Town semalam menunjukkan kematian sedemikian boleh dielakkan dengan mudah. “Dunia akan terus [...]

October 7, 2009 | By | Reply More
Padang disembur kimia antivirus

Padang disembur kimia antivirus

Usaha bendung penularan penyakit berikutan gempa kematian mangsa PADANG: Pekerja kesihatan menyembur seluruh Padang semalam dengan kimia anti jangkitan bagi membendung penularan wabak penyakit berikutan kematian dan kemusnahan akibat gempa bumi enam hari lalu. Misi menyelamat di Padang yang mempunyai 900,000 penghuni itu, kini bertukar menjadi usaha membantu ribuan penduduk yang kehilangan kediaman. Ketika bantuan [...]

October 7, 2009 | By | Reply More
Bendera bohong

Bendera bohong

Dakwaan lancar perang sekadar tarik perhatian KUALA LUMPUR: Tindakan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) Indonesia yang mengisytiharkan perang ke atas Malaysia, esok (Khamis) dilihat tidak lebih daripada omong-omong kosong, malah hanya pembohongan untuk menarik perhatian. Malah, Pengarah Lembaga Pengkajian Masalah Sosial Pekerja Indonesia di Malaysia, Khairuddin Harahap, secara berseloroh meminta sukarelawan yang menyertai Bendera supaya berkhatan [...]

October 7, 2009 | By | Reply More
Kedutaan mohon bantu lelaki kandas di Argentina

Kedutaan mohon bantu lelaki kandas di Argentina

KUALA LUMPUR: Kedutaan Malaysia di Argentina memohon bantuan rakyat Malaysia atau mana-mana pihak untuk membiayai kos penerbangan pulang seorang lelaki yang terkandas di negara itu sejak Jun lalu, selepas dipercayai diperdaya sindiket penyeludupan dadah antarabangsa. P Jeyakumar, 37, yang berasal dari Johor Bahru, Johor ditinggalkan di lapangan terbang di Buenos Aires, Argentina, pada 20 Jun [...]

October 7, 2009 | By | Reply More
1Rantau 1Dunia aman sejagat

1Rantau 1Dunia aman sejagat

DATUK Seri Najib Tun Abdul Razak berkata, konsep 1Rantau 1Dunia yang bersandarkan kepada sikap saling mempercayai dan menghormati serta bekerjasama adalah formula paling tepat untuk dilaksanakan pada peringkat global dalam mencapai keharmonian dan keamanan dunia. Perdana Menteri berkata, konsep itu boleh membantu dunia menghadapi tiga cabaran besar ketika ini, iaitu jurang perbezaan budaya dan fahaman [...]

October 7, 2009 | By | Reply More
Malaysia Antara Destinasi Utama Rakyat Arab Saudi – Mastercard

Malaysia Antara Destinasi Utama Rakyat Arab Saudi – Mastercard

DUBAI, 4 Okt (Bernama) — Malaysia merupakan antara destinasi percutian utama di kalangan pelanggan MasterCard Arab Saudi, demikian menurut satu kaji selidik MasterCard baru-baru ini. Selain Malaysia, kajian itu menunjukkan rakyat Arab Saudi turut memilih Mesir dan Indonesia sebagai destinasi percutian mereka. Kajian mengenai keyakinan pengguna dan keutamaan pembelian dilakukan oleh MasterCard Worldwide dari 23 [...]

October 4, 2009 | By | Reply More
Jualan kereta Proton di UK lepasi sasaran

Jualan kereta Proton di UK lepasi sasaran

NORWICH (United Kingdom): Jualan kereta Proton di United Kingdom (UK) sudah melepasi sasaran setahun penuh sebanyak 10 peratus walaupun permintaan yang rendah untuk kereta baru di negara berkenaan, berikutan kelembapan ekonomi dunia. Pengarah Urusan Proton Cars (UK) Ltd, Brian Collier, berkata sasaran syarikat itu ialah menjual kira-kira 1,000 unit tahun ini. Bilangan pembeli berulang dan [...]

October 2, 2009 | By | Reply More
Lembaga Pengampunan Perak sentiasa bersidang

Lembaga Pengampunan Perak sentiasa bersidang

IPOH: Lembaga Jemaah Pengampunan Perak, yang dipengerusikan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bersidang mengikut jadual iaitu tiga kali setahun untuk berbincang, menilai, mendengar dan memutuskan kes-kes jenayah yang sewajarnya diberikan pengampunan. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata lembaga berkenaan sehingga kini tidak pernah lagi gagal dalam melaksanakan tanggungjawab untuk bersidang [...]

September 30, 2009 | By | Reply More