Category archives: Health

 

 

Kosmetik atau merawat?

MERUBAH paras rupa untuk menjadi cantik kini menjadi trend yang semakin popular di Asia terutamanya Korea dan Jepun. Percaya atau tidak, golongan ibu bapa remaja Jepun mahupun Korea kini sanggup memperuntukkan sejumlah wang kepada anak-anak mereka untuk melakukan pembedahan plastik sebagai hadiah hari jadi. Pembedahan plastik atau nama glamornya pembedahan kosmetik bagaikan sudah menjadi gaya [...]

 

Sengaja muntahkan makanan untuk kurus

MEMILIKI bentuk badan cantik dan langsing seperti Victoria Beckham, Jennifer Aniston, Kate Moss dan Paris Hilton sering menjadi idaman wanita di seluruh dunia. Tidak hairan kaum Hawa sanggup melakukan apa saja bagi memastikan impian mereka tercapai. Ada yang sanggup membelanjakan banyak wang semata-mata mahu mendapat bentuk badan idaman, tidak kurang juga ada yang tidak kesah [...]

 

Krisis usia 40 - 65 tahun

PERNAHKAH anda mendengar frasa “life begins at 40?” Ia adalah fasa kehidupan yang menggambarkan tentang perubahan tingkah laku dan emosi manusia apabila berada dalam lingkungan umur 40 ke 65 tahun. Fenomena berkenaan dikenali sebagai midlife crisis atau krisis pertengahan usia dalam istilah psikologi. Sesetengah lelaki akan menyedari fenomena ini semasa menyambut hari jadi mereka pada umur tertentu [...]

 

Alahan penyebab ekzema

RENGSA pada kulit bayi biasanya akan menyebabkan bayi meragam manakala ibu bapa pula tidak selesa. Kerengsaan kulit yang berlaku ini dinamakan ekzema iaitu keadaan kulit yang kering dan gatal. Pakar Kanak-kanak Pusat Perubatan Taman Desa, Kuala Lumpur, Dr. Eric Lee Kim Hor berkata, ekzema biasanya menyerang bayi yang berusia kurang dua tahun. “Lazimnya ia beransur-ansur [...]

 

Kulit bersih, sihat lengah penuaan

KULITNYA yang cantik, halus dan putih bersih tanpa secalit noda menjadi perhatian mata yang memandang. Apabila ketawa atau malu, serta-merta pipinya bertukar kemerah- merahan sekalipun tidak mengenakan pemerah pipi. Beruntunglah wanita yang memiliki kulit wajah cantik tanpa cela mahupun masalah. Tanpa perlu bersolek tebal, kejelitaan semula jadi terserlah hinggakan ramai menyangka dia lebih muda daripada [...]

 

Jejas tumbesaran lelaki

BERHIDUNG besar, sukar bertutur, saiz tulang tidak normal, sukar bernafas, lidah terjulur serta tangan dan jari bengkok. Itu antara ciri pada penghidap mucopolysaccharidosis Jenis II (MPS IIA) atau lebih dikenali sebagai Sindrom Hunter. Sindrom Hunter adalah penyakit disebabkan badan kekurangan atau ketiadaan enzim iduronate-2-sulfatase (I2S). Nama sindrom ini diambil sempena nama doktor di Scotland, Charles [...]

 

Keperluan nutrien anak berbeza ikut tumbesar

SEBAGAI ibu bapa, pasti anda mahukan segala yang terbaik untuk anak, baik dalam memberi kasih sayang dan perhatian, keperluan asas serta makanan berkhasiat untuk tumbesarannya. Pada peringkat tumbesarannya, anak anda harus mendapat khasiat pemakanan yang cukup untuk perkembangan fizikal dan minda yang pesat. Kebanyakan nutrien atau zat makanan diperlukan si manja diperoleh daripada gabungan pelbagai [...]

 

Bersenam untuk sihat

DENGAN proses urbanisasi, perkembangan teknologi yang pesat dan gaya hidup semakin sedentari, aktiviti fizikal atau senaman di luar menjadi semakin berkurangan dalam kehidupan kita. Kita mesti sedar bahawa aktiviti fizikal memainkan peranan penting dalam kesihatan dan kesejahteraan kita termasuk anak-anak. Secara keseluruhannya, bersenam memberi manfaat besar dari segi fizikal, psikologi, sosial dan kesihatan kepada semua [...]

 

Kulit tak cantik akibat matahari?

Musuh utama yang sering ditakuti kaum wanita bagi memperoleh dan mengekalkan kecantikan kulit wajah adalah pancaran matahari. Pendedahan bagi tempoh lama di bawah pancaran matahari bukan sahaja menjadikan kulit wajah lebih gelap, kurang bersinar dan kasar tetapi juga menyumbang kepada tona kulit yang tidak rata, bertompok serta bintik hitam. Bagi mereka yang gemar melakukan aktiviti [...]

 

Kenapa wajah jelita berubah jadi hodoh?

Di zaman kampus, Zaiton merupakan antara pelajar jelita dan pandai bergaya. Malah semasa di universiti dia pernah menang peraduan ratu cantik. Selain memiliki kecantikan semula jadi, Zaiton juga pandai bergaya dan bersolek. Dia sentiasa menjadi rujukan rakan-rakan setiap kali mereka mahu membeli pakaian baru. Namun pada majlis perjumpaan semula atau reunion baru-baru ini, ramai rakan terkejut melihat [...]

 

Terapi untuk si kecil istimewa

SEBAIK sahaja kaki melangkah masuk ke taman asuhan harian untuk kanak-kanak istimewa, Tasputra Perkim (Tasputra) di Jalan Ampang Hilir, Kuala Lumpur, hati menjadi sebak dan pilu di saat melihat anak-anak kecil seawal usia dua tahun menjalani fisioterapi. Perasaan tersebut timbul kerana mengenangkan nasib mereka yang tidak mampu menguruskan diri sendiri apatah lagi untuk bertutur. Rata-rata [...]

 

Meningitis meningokokal rosakkan otak, bawa maut

Sebanyak 500,000 kes dengan 50,000 kematian akibat jangkitan meningitis meningokokal dicatatkan setiap tahun di seluruh dunia. Ini menyebabkan ia pembunuh dalam senyap yang menggerunkan lebih-lebih lagi jangkitannya boleh membawa maut dalam tempoh 24 hingga 48 jam. Pakar Perunding Kanak-Kanak dan Neonatologi, Hospital Pakar Damansara, Datuk Dr. Musa Mohd. Nordin, berkata, hampir setiap orang termasuk mereka yang [...]

 

Terapi buat teristimewa

HATI mana tidak pilu apabila anak dilahirkan tidak cukup sihat seperti kanak-kanak lain. Tidak mampu bergerak sendiri disebabkan kesukaran melakukan pergerakan otot seperti menegakkan badan serta tidak mampu bercakap akibat kerosakan pada kawasan motor dalam otak. Ini antara kesukaran dialami kanak-kanak pesakit cerebral palsy (CP) atau lumpuh otak yang sentiasa memerlukan perhatian rapi 24 jam [...]

 

Bukan lagi penyakit orang tua

KETIKA bersukan, tiba-tiba dia rebah dan tidak sedarkan diri. Beberapa minit kemudian, lelaki berusia 30-an itu disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung. Sering menjadi tanda tanya di kalangan kita apabila mereka yang sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif, tiba-tiba dilaporkan meninggal dunia kerana diserang sakit jantung yang dianggap penyakit orang tua. Atlet, iaitu individu [...]

 

Jangan ambil mudah penjagaan mata

BAGAIMANA caranya seseorang itu melindungi matanya dan memastikannya dalam keadaan sihat? “Dapatkan nasihat daripada optometris bila timbul keperluan untuk penjagaan mata,” nasihat Khairunisah Muda, seorang optometris dari syarikat Menara Optometry. Menurut beliau, umum perlu prihatin tentang dua situasi yang boleh melibatkan mata iaitu patologi dan fisiologi. Optometris ialah seorang yang dilatih secara profesional dan mempunyai [...]