Category archives: Kewangan

 

 

Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) Di Batalkan

Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) Di Batalkan Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya berkuatkuasa pada 1 Jan 2012dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik. Perdana Menteri juga mengumumkan penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan untuk penjawat pada masa depan. Perdana Menteri juga mengumumkan : Pelarasan [...]

 

KHAZANAH meninjau membeli aset dan membida projek yang mampu menjana margin keuntungan tinggi di Turki

KHAZANAH Nasional Bhd, akan terus meninjau peluang membeli aset berpotensi dan membida projek yang mampu menjana margin keuntungan tinggi di Turki. Pengarah Urusannya, Tan Sri Azman Mokhtar, berkata Turki negara ekonomi baru muncul yang menikmati pertumbuhan tinggi dengan kedudukan strategik yang menghubungkan benua Asia Barat dengan Eropah. “Turki penting bagi kami. Kami sudah meninjau beberapa [...]

 

Bank Negara Malaysia diramal turunkan OPR

KUALA LUMPUR 19 Jan. – Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menurunkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 50 mata asas menjelang suku kedua tahun ini, kata Bank of America Merrill Lynch (Merrill Lynch). Ekonomis Penyelidikan Globalnya, Chua Hak Bin berkata, langkah tersebut bertujuan merangsang ekonomi semasa negara. ”Bank-bank pusat ASEAN dan kerajaan mempunyai ruang untuk memberi [...]

 

Pelabur runcit perlu pendedahan terhadap pasaran Asean

Pelabur runcit tempatan perlu lebih pendedahan terhadap pasaran Asean dan mengambil peluang perniagaan ketika berlangsungnya persidangan Strategi Pelaburan Runcit Asian 2012 di Kuala Lumpur. Ketua Pegawai Eksekutif Pelaburan Perbankan Maybank, Tengku Datuk Zafrul Abdul Aziz berkata, sekarang ini, kebanyakan peluang diambil oleh pengurus dana institusi dan perniagaan rangkaian tinggi. Menurutnya, objektif persidangan itu adalah untuk [...]

 

Fahami konsep perbankan syariah

Oleh: Zaharuddin Abdul Rahman (Pensyarah Perbankan dan Kewangan Islam UIAM) zaharuddin@yahoo.com SAYA mendengar ada pandangan mengatakan urusan institusi perbankan Islam hari ini tidak dijalankan secara Islam dengan tepat. Adakah ia benar? Jika tidak, apakah proses digunakan institusi perbankan Islam bagi memastikan khidmat dan produk yang ditawarkan mereka bertepatan dengan kehendak Islam? Menurut pengamatan dan pengalaman [...]

 

Berhutang galak kekufuran

Zaharuddin Abdul Rahman (Pensyarah Perbankan dan Kewangan Islam UIAM) zaharuddin@yahoo.com KEADAAN umat Islam semakin memilukan apabila aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini. Ia mungkin tidak pelik bagi yang tidak berkemampuan, tetapi menjadi kaedah dan teknik terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan serta mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang [...]

 

Malaysia beli "Patrol Vessels Littoral Combat Ships" bernilai RM9bil

KUALA LUMPUR, (Bernama) — Unit kepada Boustead Holdings Bhd, Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd telah diberikan kontrak bernilai RM9 bilion oleh Kementerian Pertahanan. Kontrak itu ialah untuk penghantaran enam unit generasi kedua “Patrol Vessels Littoral Combat Ships” (Frigate Class) kepada kementerian, kata syarikat dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia Jumaat. Niaga janji itu meliputi reka bentuk, [...]

 

235,908 individu diisytiharkan bankrap di negara ini

KOTA KINABALU – Setakat Oktober tahun ini, seramai 235,908 individu diisytiharkan bankrap di negara ini, kata Ketua Pengarah Insolvensi, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil . Beliau berkata, berdasarkan rekod Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM), punca utama yang melibatkan kebankrapan ialah pinjaman sewa beli iaitu 26 peratus, diikuti pinjaman peribadi (21 peratus), pinjaman perumahan (14 peratus) dan [...]

 

Pengagihan pendapatan 6.0 sen seunit

AMANAH Saham Nasional Berhad (ASNB), pengurus dana Amanah Saham Nasional 3 Imbang (ASN 3) mengumumkan pengagihan pendapatan 6.0 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 30 November 2010 iaitu jumlah sama pendapatan pada tahun sebelumnya. Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, ia akan membabitkan pembayaran RM7.52 juta yang akan memanfaatkan 11,500 [...]

 

Bayar Sarapan Guna Wang Palsu

Mana dapat duit palsu? PERBANDINGAN wang RM10 palsu (atas) dan tulen (bawah) yang diterima oleh Zamri daripada satu pasangan di Kuantan, Pahang semalam. KUANTAN – Seorang peniaga mendakwa dia menjadi mangsa penipuan kepada satu pasangan yang menaiki sebuah kereta mewah jenis Mitsubishi Lancer apabila menerima wang palsu RM10 ketika sedang sibuk melayan pelanggan yang datang [...]

 

Tumpu golongan bergaji rendah

Kelangsungan hidup golongan berpendapatan rendah dan pengurangan kadar cukai diharap menjadi agenda utama Bajet 2012 yang akan dibentangkan di Parlimen hari ini. Beberapa pakar ekonomi berpendapat pembentangan Bajet 2012 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu akan menumpukan kedua-dua aspek berkenaan. Pakar ekonomi, Datuk Salleh Majid berkata, kerajaan perlu mengurangkan kadar cukai yang [...]

 

Malaysia catat lebihan dagangan RM7.60 bilion

KUALA LUMPUR 4 Ogos – Malaysia mencatatkan lebihan dagangan sebanyak RM7.60 bilion pada bulan Jun walaupun persekitaran global tidak menentu, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed. Perangkaan Malaysia mengenai perdagangan luar yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri hari ini menunjukkan yang jumlah dagangan meningkat 7.5 peratus kepada RM107.11 bilion [...]

 

Petronas bayar RM594.6 bilion

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Petronas telah membuat pembayaran RM594.6 bilion kepada kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri dalam bentuk dividen, cukai, duti eksport dan perolehan petroleum semenjak penubuhannya sehingga tahun kewangan berakhir 31 Mac lepas. Daripada jumlah itu, Perdana Menteri berkata, RM65.7 bilion adalah pembayaran bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac [...]

 

 

Harga melambung ketika Ramadan

KUALA LUMPUR – Trend penurunan harga barang kering, sayur-sayuran dan hasil laut yang ketara di pasaran ketika ini mungkin tidak berpanjangan. Tinjauan Kosmo! di beberapa negeri mendapati kalangan peniaga berpendapat harga barangan tersebut dijangka kembali mahal menjelang Ramadan pada Ogos depan. Ketika ini rata-rata harga barangan keperluan harian pengguna mengalami penurunan antara 50 sen sehingga [...]