Category archives: Mystery

 

 

Wang Rampasan Hilang dari IPD Shah Alam

…dilaporkan hilang dalam simpanan polis… article ni masuk kategori misteri… KUALA LUMPUR: Sebahagian daripada AS$300,000 (RM950,000) wang tunai dirampas daripada tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyamun tiga pengurup wang asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 15 September lalu dilaporkan hilang dalam simpanan polis. Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan [...]

 

Jumpa Buaya Kasi Salam

dari laporan hmetro, SARATOK: “Selepas memberi ‘salam’, buaya yang mempunyai sepasang mata sebesar bola tenis itu terus beredar meninggalkan saya,” kata seorang nelayan yang pernah bertembung dengan seekor buaya ketika memasang pukat di Sungai Sebelak, kira-kira dua bulan lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, Ibrahim Sebeli, 52, turun berseorangan untuk memasang pukat di [...]

 

Anak ular sawa berkepala dua

STEFAN BROGHAMMER memegang seekor anak ular sawa berkepala dua. BERLIN – Seekor anak ular sawa berkepala dua dilahirkan di Villingen-Schwenningen, selatan Jerman, lapor sebuah akhbar semalam. Ular itu milik Stefan Broghammer yang kini sepanjang 50.8 sentimeter dan berumur setahun. Menurut Broghammer, haiwan itu merupakan ular yang kedua diketahuinya mempunyai dua kepala. Ia tidak mempunyai bisa [...]

 

Misteri pohon beringin Jogja

SESIAPA yang berjaya berjalan melepasi dua batang beringin ini, permohonan mereka dipercayai akan dimakbulkan.   BARU-BARU ini ketika berkunjung ke Jogjakarta, Indonesia, bersama seorang teman, pengayuh beca kami, Mas Adi bercerita serba sedikit tentang misteri beberapa lokasi suci di sekitar wilayah itu. Antara yang disebutkan kepada kami ialah misteri beringin kembar yang terletak di Alun-Alun [...]

 

 

 

Kucing kebal selepas dihumban dari tingkat 12

KUCING betina yang masih hidup selepas jatuh dari tingkat 12 bangunan flat di Oldbury, Britain. OLDBURY, Britain – Seekor kucing betina masih hidup walaupun dihumban dari tingkat 12 sebuah flat pada ketinggian lebih 36.57 meter, lapor sebuah akhbar semalam. Kucing itu terbaring dengan mulut berdarah semasa anggota-anggota sebuah agensi perlindungan haiwan tiba untuk memberi rawatan [...]

 

Misteri helikopter Rusia angkut UFO

KLIP video di laman YouTube semalam menunjukkan sebuah helikopter tentera Rusia mengangkut sebuah piring terbang. MOSCOW – Satu klip video yang disiarkan di laman YouTube menunjukkan sebuah helikopter tentera Rusia mengangkut sebuah piring terbang, lapor laman Allnewsweb.com semalam. Imej itu telah mencetuskan perdebatan di dalam forum-forum objek terbang tidak dikenali (UFO) di Internet. Ada di [...]

 

Misteri budak kurus kering

PETUGAS hospital menunjukkan badan kanak-kanak kembar yang terlalu kurus. MELAKA – Sepasang kanak-kanak kembar berusia empat tahun yang diserah bapa mereka kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri ini untuk dijaga, dihantar menjalani pemeriksaan di Hospital Melaka ekoran terlalu kurus sehingga menampakkan tulang badan. Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Projek, Pembangunan Pekan Kecil, Kesihatan dan NGO negeri, Datuk [...]

 

 

 

Seratus UFO di Shinjuku

KIRA-KIRA 100 objek terbang tidak dikenali (berwarna putih) berlegar-legar di ruang udara Shinjuku, Tokyo pada April lalu. TOKYO – Sekumpulan cahaya misteri yang dipercayai objek terbang tidak dikenali (UFO) berlegar-legar dengan laju di ruang angkasa Shinjuku, Tokyo, lapor laman Rocketnews24 semalam. UfO itu muncul pada 8 April lalu pada pukul 4 petang dan klip video [...]

 

Imej misteri dalam jentera bomba

GAMBAR ahli keluarga Rozaidi yang dirakam di hadapan sebuah jentera bomba yang memaparkan imej misteri wanita berambut panjang (dalam bulatan) di Dataran Merdeka baru-baru ini. KUALA LUMPUR – Seorang pemandu peribadi, Rozaidi Ahmad, 42, terkejut dengan kemunculan imej misteri di dalam gambar yang dirakamnya semasa mengunjungi Hari Bomba Malaysia di Dataran Merdeka di sini baru-baru [...]

 

 

Bukti kematian masih kabur

WASHINGTON – Kematian Osama bin Laden di tangan pasukan komando Amerika Syarikat (AS) terus dipertikai susulan tiada bukti kukuh seperti mayat, gambar atau asid deoksiribonukleik (DNA) ketua kumpulan Al-Qaeda itu bagi menyokong dakwaan tersebut. Presiden AS, Barack Obama pada Ahad lepas mengumumkan bahawa Osama, 54, mati ditembak anggota komando AS di bandar Abbottabad, Pakistan. Kumpulan [...]