Category archives: Sejarah

 

 

Mata pelajaran Sejarah perlu di IPT

Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, bertitah mata pelajaran sejarah yang mula diajar pada peringkat sekolah perlu diteruskan ke institusi pengajian tinggi (IPT) bagi membentuk generasi Malaysia yang matang dan maju pada masa depan. Bertitah pada majlis Konvokesyen ke-25 Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS), di sini, semalam baginda melahirkan keyakinan pembelajaran sejarah [...]

 

Jangan ubah fakta sejarah - PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan mana-mana pihak agar tidak cuba mengubah fakta sejarah dan mengagung-agungkan pengganas komunis. Beliau berkata, komunis zaman dahulu sememangnya zalim dan mencengkam kehidupan rakyat kerana ideologi mereka tidak memihak kepada rakyat, antiagama dan zalim. “Sebab itulah kita menentang komunis pada zaman itu kerana mereka bertindak kejam di bumi [...]

 

Sejarah Asal-Usul Yahudi

Sebentar tadi saya terbaca post menarik dari saudara roBust dari Carigold forum, ia menerangkan secara terperinci tentang asal usul yahudi. Mungkin ada manfaat untuk dibaca.   Asal Usul Yahudi Kita pernah dengar bagaimana keganasan Israel di bumi Palestin, tidak kira tua atau muda saudara kita, tidak kira lelaki atau wanita saudara kita, dikencam begitu hina. [...]

 

 

NASA leraikan kapal Discovery

KAPAL angkasa Discovery berlepas untuk melakukan misi angkasanya.     WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mengadakan operasi menanggalkan peralatan dalam kapal angkasa tertua miliknya, Discovery baru-baru ini. Gambar-gambar operasi itu menunjukkan semua peralatan elektrik dan mekanikal Discovery termasuk enjin kapal angkasa berkenaan yang ditanggalkan sebelum ia disimpan di [...]

 

Tulang dinosaur 'bermusuh' dilelong

Sepasang tulang dinasour yang ‘bermusuh’, Allosaurus dan Stegasaurus dijual kepada sebuah muzium pada harga AS$2.75 juta (RM8.33 juta). DALLAS – Tulang dua ekor dinasour yang lengkap dan berkualiti tinggi telah dilelong, sebelum berjaya dijual kepada sebuah muzium pada harga AS$2.75 juta (RM8.33 juta). Dilelong oleh rumah lelongan Heritage Auctions, tulang dua ekor dinasour yang setinggi [...]

 

Sistem beraja di Malaysia

SEGALA-GALANYA bermula daripada dasar Malayan Union yang diperkenalkan pada 4 April 1946 di Tanah Melayu oleh Parti Buruh Britain. Sebaik Perang Dunia Kedua tamat, British yang kembali ke Tanah Melayu mengusir tentera Jepun menganggap kedaulatan Tanah Melayu sudah tidak wujud. Malah, British berpendapat sudah tiba masanya mereka berkuasa dalam menentukan sistem pentadbiran Tanah Melayu. Bertitik-tolak [...]

 

Taming Sari diuji lelaki Jawa

JIKA tidak dipamerkan, keris Taming Sari hanya boleh dijaga oleh Sultan Perak atau Tok Nara Diraja. DALAM sejarah ketamadunan Melayu, pendapat umum sepakat mengatakan tiada keris lebih terkenal dan teragung selain keris Taming Sari. Kisah keris yang digambarkan penuh sakti hingga menjadikan pemiliknya tidak lut ditujah senjata tajam itu seiring dengan legenda pendekar Melayu terulung, [...]

 

Gambar rajah kapal Titanic dilelong

Kapal Titanic. LONDON – Satu gambar rajah kapal Titanic yang digunakan dalam siasatan mengenai punca ia karam pada 1912 mungkin dilelong dengan harga £150,000 (RM451,500) dalam satu lelongan pada 28 Mei depan di Devizes, Wiltshire, lapor sebuah akhbar kelmarin. Gambar rajah sepanjang 9.93 meter itu menunjukkan bahagian kapal yang terkena bongkah ais yang menyebabkan kapal [...]

 

Noor Jan jawab tuduhan

RAJA NOOR JAN SHAH KUALA LUMPUR – Raja Noor Jan Shah Raja Tuah mempertahankan kedudukannya sebagai pewaris kesultanan Melaka dan Perak yang datang daripada keturunan Raja Alang Abdul Rahman. Beliau dengan tegas menolak kenyataan Persatuan Waris Kerabat Negeri Perak (PWKNP) semalam bahawa Sultan Abdullah Muhammad I tidak mempunyai anak bernama Raja Alang Abdul Rahman. Menurut [...]

 

Sakit jantung sudah wujud pada zaman firaun

GAMBAR yang disiarkan kelmarin menunjukkan salah satu mumia yang diimbas dengan menggunakan komputer di Muzium Kaherah Mesir pada 10 Mei lalu. PARIS – Seorang puteri Mesir yang hidup di antara 1580 dan 1550 Sebelum Tahun Masihi merupakan manusia pertama dalam sejarah diketahui menghidap penyakit jantung koronari. Penyakit itu dikesan menerusi imbasan komputer yang memberikan imej [...]

 

Menghidupkan tradisi Kesultanan Melayu

SEAWAL usia empat tahun, Mohd. Khoharullah Datuk Raja Abdul Majid, 28, sudah dilatih dengan gerak silat bak pahlawan Melayu yang diwarisi daripada bapanya. Bapanya merupakan Pengasas dan juga Yang Dipertua Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM). Biarpun didedahkan dengan dunia persilatan pada usia muda, Mohd. Khoharullah tidak pernah berasa jemu malah menganggapnya sebagai satu [...]

 

Menjejaki Chernobyl selepas 25 tahun

PELANCONG kini berpeluang melihat kesan letupan reaktor nuklear Chernobyl dengan lebih dekat. BAGI sesetengah pelancong, Chernobyl menuntut sesuatu yang di luar imaginasi manusia. Kebanyakannya hanya mampu membayangkannya melalui minda sahaja. Dari luar, bangunan yang menempatkan reaktor nuklear yang meletup pada 26 April 1986 yang mencatatkan krisis nuklear terburuk di dunia itu, kelihatan biasa dan suram [...]

 

Bandar pencen elemen klasik Muar

HISTORIOGRAFI bandar Muar yang ditelaah sentiasa menerawang di benak fikiran sehingga terpantul ke dasar mimpi. Penulis juga sentiasa dibayangi dengan ayat yang paling signifikan dalam sebuah naskhah lama yang dibaca. Pada satu catatan, Muar yang merupakan kota kedua Portugis di Semenanjung Tanah Melayu adalah saksi kepada permulaan keagungan bangsa. Kota itu juga menjadi medan kepada [...]

 

Risalah peraturan bola sepak pertama dilelong

SHEFFIELD – Kelab bola sepak England, Sheffield FC berharap untuk mendapatkan beberapa juta pound sterling menerusi lelongan koleksi arkibnya termasuk risalah peraturan permainan bola sepak pertama di dunia, lapor sebuah akhbar semalam. Bertulisan tangan, risalah pada tahun 1858 itu dijangka dapat dijual pada harga £1.2 juta (RM5.9 juta) dalam lelongan pada Julai depan oleh firma [...]