Category archives: Tempatan

 

 

Malaysia harus dapat kepakaran bidang ICT untuk berdaya saing

KENINGAU: Malaysia harus memperoleh kepakaran dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) untuk berdaya saing pada masa akan datang, kata Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan. Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur berkata, dalam dunia yang pesat membangun ekoran momentum ICT globalisasi yang semakin berkembang, negara ini harus menggandakan kepakaran sumber manusianya. “Memandangkan keadaan [...]

 

Penubuhan Pusat Simulasi Menembak

KUALA LUMPUR 25 Jan. – Penubuhan Pusat Simulasi Menembak Belia Anti Jenayah merupakan platform terbaik kepada Skuad Muda Rela mempersiapkan diri dengan kemahiran menggunakan senjata. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pada masa ini menjadi keperluan anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) untuk mahir menggunakan senjata supaya boleh membantu pasukan keselamatan lain [...]

 

Berniaga 5 hari seminggu tidak cukup - Peniaga Uptown Danau Kota

KUALA LUMPUR: Peniaga Uptown Danau Kota, di sini, mendakwa kebenaran untuk berniaga lima hari seminggu yang diberikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) masih tidak mencukupi untuk mereka mendapatkan keuntungan kerana rata-rata peniaga terbabit tiada pekerjaan selain berniaga di situ. Setiausaha Persatuan Peniaga-Peniaga Uptown Danau Kota, Ahmad Fauzi Abdul Karim berkata, sehubungan itu mereka berharap DBKL [...]

 

Dibelasah suami akibat SMS

KUALA LUMPUR: Gara-gara SMS, seorang isteri berusia 26 tahun teruk dibelasah suami yang cemburu di rumah mereka di Setapak, awal pagi kelmarin. Dalam kejadian jam 2 pagi itu, suami mangsa yang berusia 30-an itu terbaca SMS dalam telefon bimbit isterinya yang dihantar seorang rakan perempuan. Sumber polis berkata, dalam SMS dihantarnya rakan itu bertanya hubungan [...]

 

Banjir di Kuantan makin buruk

KUANTAN: Keadaan banjir di dua daerah di Pahang bertambah buruk apabila 1,026 mangsa membabitkan 267 keluarga terpaksa dipindahkan. Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang berkata, sehingga jam 3 petang semalam, daerah ini mencatat jumlah mangsa tertinggi iaitu 704 orang daripada 189 keluarga manakala 322 orang daripada 78 keluarga lagi daripada daerah [...]

 

Melabur dalam pendidikan

KUALA LUMPUR 13 Jan. – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerjasama antara kerajaan dan sektor swasta dalam bidang pendidikan amat penting dalam merealisasikan aspirasi menjadi negara berpendapatan tinggi. Kata Timbalan Perdana Menteri, walaupun pendidikan adalah tanggungjawab asas kerajaan, namun dengan kerjasama kedua-dua sektor, sasaran melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir pada masa depan dapat dicapai. [...]

 

Barang kemas dilarikan oleh 'Dukun'

KUALA LIPIS: Gara-gara percaya dirinya terkena buatan orang, seorang warga emas kerugian RM10,000 selepas barang kemasnya dilarikan dua lelaki yang mengaku sebagai dukun di Pasar Bunga Cengkih di sini, pagi kelmarin. Dalam kejadian jam 9.15 pagi itu, mangsa berusia 72 tahun bersama adik iparnya ditegur dua lelaki berpura-pura mahu bertanya arah kedai buku dan tanpa [...]

 

Lombong 'emas' dikawal rapi oleh pihak polis

JOHOR BAHRU 12 Jan. – Beberapa anggota polis ditempatkan di lokasi lombong ‘emas’ Jalan Mewah, Kampung Melayu Majidee, di sini bagi mengelakkan orang ramai terus melakukan aktiviti mendulang batuan yang disahkan sebagai ‘emas bodoh’ atau pyrite itu. Tinjauan Utusan Malaysia ke lokasi berkenaan hari ini mendapati kawasan tersebut lengang, tidak seperti hari-hari sebelumnya yang sesak [...]

 

Tiada lagi gangguan Hantu Kak Limah

MARANG – “Setelah dua minggu berlalu, kami bersyukur kerana tidak lagi diganggu lembaga misteri dan dihantui kejadian pelik,” kata mangsa gangguan lembaga misteri digelar hantu Kak Limah, Mazlan Ali, 55, dari Kampung Temiang, di sini. Malah, masalah kemurungan dialami bapa lapan anak itu akibat tidak cukup tidur sejak November lalu kerana gangguan hantu Kak Limah [...]

 

Guna Wang zakat untuk kos guaman ikut syarak - MAIWP

KUALA LUMPUR 11 Jan. – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menegaskan penggunaan wang zakat untuk kos guaman dalam kes-kes berkaitan MAIWP adalah mengikut hukum syarak dan selaras dengan undang-undang yang berkuat kuasa di wilayah-wilayah persekutuan. Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata, penggunaan wang zakat untuk kos guaman adalah bukan penyalahgunaan kerana [...]

 

13 barangan harga terkawal sempena Tahun Baru Cina

PUTRAJAYA 11 Jan. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini mengumumkan 13 jenis barangan terkawal di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2012. Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, skim berkuat kuasa selama 12 hari dari 19 hingga 30 Januari sempena sambutan Tahun Baru Cina yang jatuh [...]

 

Mahkamah Tinggi bebas Anwar tidak di persoalkan oleh kerajaan

PUTRAJAYA 9 Jan. – Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebas dan melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat jelas membuktikan bahawa institusi kehakiman di negara ini bebas dan tidak dikuasai pemerintah. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, keputusan tersebut juga adalah hak mahkamah yang sama sekali tidak akan [...]

 

Modul baru PLKN akan bantu pelatih obes

KUALA LUMPUR 9 Jan. – Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan melakukan penambahbaikan terhadap modul latihan fizikal Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) termasuk mengadakan program baru bagi pelatih yang mempunyai masalah berat badan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perubahan yang akan dilaksanakan pada tahun ini bertujuan memastikan modul dilaksanakan untuk pelatih [...]

 

28 produk industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan bernilai RM15 juta akan menembusi pasaran China

KUALA LUMPUR 8 Jan. – Sebanyak 28 produk usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan bernilai RM15 juta akan menembusi pasaran China bulan ini. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, kesemua produk di bawah jenama 1Malaysia Best yang terdiri daripada makanan ringan dan sejuk beku itu merupakan sebahagian daripada lebih [...]