Cemarkan Nama Baik Negara dengan 1,000 pasang kasut


http://2.bp.blogspot.com/_CR2VGCkmFLo/TU2hzuwJ14I/AAAAAAAAAgQ/4b4tHpS94js/s1600/celeb-mariahcarey-closet1.jpg

Gambar Hiasan

TUNIS: Kediaman rasmi bekas Presiden Tunisia, Zine Al Abidine Ben Ali dan isterinya, Leila Trabelsi mencemarkan nama baik negara itu apabila terdapat 1,000 pasang kasut pereka terkenal, 1,500 barang kemas dan sejumlah produk penjagaan wanita yang banyak, kata laporan semalam.

“Saya rasa memalukan. Memang ada alasan negara ini patut berasa malu,” kata pakar perundangan, Neji Baccouche ketika menyampaikan laporan kepada Jawatankuasa Penyiasatan Negara mengenai penyelewengan dan salah guna kuasa di kalangan pemimpin rejim sebelum ini.

http://1.bp.blogspot.com/_9CFJP0BnS38/TUz-in5mNOI/AAAAAAAAAXo/9aa1ct41bB4/s1600/Leila-Trabelsi-the-wife-of-Tunisian-President-Ben-Ali-deposed.jpg

Baccouche mencadangkan bekas istana presiden di Sid Bou Said, dekat Tunis, dijadikan muzium sebagai amaran bahawa wujudnya penyelewengan ketika pemerintahan Zine Al Abidine dan isterinya, Leila. – AFP

credit: CG Forum

———————————————————————————————————–

Info Menarik anda untuk baca:

Tunisia ialah sebuah negara yang terletak di pantai Mediterranean di Afrika Utara. Revolusi Tunisia merupakan kempen tentangan awam melibatkan aktiviti tunjuk perasaan di jalanan di Tunisia.
Peristiwa ini bermula pada Disember 2010 dan menyebabkan Presiden Zine El Abidine Ben Ali digulingkan pada Januari 2011.

http://2.bp.blogspot.com/_DuM2kMfIaRU/TS9t8dHIITI/AAAAAAAAABg/E4pG_uyr5UA/s1600/This+is+democracy-Tunisia-style.jpg

Demokrasi style Tunisia

Tunjuk perasaan ini tercetus daripada masalah pengangguran, inflasi makanan, korupsi, dan ketiadaan kebebasan bersuara dan kebebasan politik yang lain serta keadaan hidup yang tidak memuaskan. Kegiatan tunjuk perasaan dan pergolakan berterusan hingga kini.


Carian BHO


Baca Post Lain yang Berkaitan:

  1. Isteri bekas Presiden Tunisia bawa emas
  2. Ferrari bekas Presiden Tunisia dicuri
  3. Protes Tunisia merebak ke Mesir
  4. Bekas presiden Tunisia dakwa diperdaya
  5. Tunisia siasat aset milik bekas presiden
  6. Ribuan tuntut Presiden Tunisia letak jawatan
  7. Polis pulih semula keamanan di Tunis
  8. Ratusan ribu tuntut Presiden Yemen letak jawatan
  9. Permainan komputer baling kasut ke arah Bush
  10. Pelempar kasut Bush dibaling kasut

 

(TEKAN) Takkan Baca Sahaja, Kongsilah Pendapat Anda :)

 

Your email address will not be published.

@ Guna Facebook Comment di Bawah