CEO termuda (14 tahun) dan animator 2D


Bakat yang terpendam..
Ketika remaja sebaya menghabiskan waktu bermain Facebook atau bergosip tentang remaja lelaki, Sindhuja Rajamaran yang berumur 14 tahun telah menjawat sebagai CEO termuda dan animator 2D (dua dimensi).
Penglibatannya ini membuatkan dia dianugerah Guinness World Record sebagai CEO termuda di dunia.
Sindhuja lahir dari keluarga yang meminati dunia kartun. Ayahnya seorang pereka karikatur yang juga memperkenalkan Sindhuja dengan karikatur digital. Manakala adiknya adalah penulis puisi pendek termuda di India.
Kini Sindhuja mengendalikan syarikat animasi Seppan. Di usia remaja, dia telah mahir banyak software komputer seperti Flash, Photoshop, Corel Painter, After Effects dan Maya.
Kini, dia terbabit dalam satu kumpulan yang dianggotai pekerja berusia 18 hingga 25 tahun untuk membuat iklan digital animasi seperti Joyalukkas dan Pothys.
Semua kelebihan pada remaja ini diwarisi dari ayahnya sendiri. Ayahnya merupakan duta dari Corel. Ketika berusia 11 tahun, ayahnya dapat mengesan kebolehan Sindhuja menguasai Corel.
“Saya diundang menghadiri beberapa majlis anjuran Corel dan merasa sangat bangga sebagai pembuat karikatur digital dan kartun termuda,” menurut petikan dari laman Times of India.

Credit: Info Gallery
- Semoga bakat ini tidak disi-siakan.


Carian BHO


Baca Post Lain yang Berkaitan:

  1. Faeez pemain termuda sertai Liga Hoki Belanda
  2. Jaguh IT termuda yang diiktiraf oleh gergasi komputer Microsoft
  3. Janda termuda ada rumah baru
  4. F1: Vettel juara dunia termuda
  5. Gadis 22 tahun tawan Gunung Everest
  6. Penghina Nabi Muhamad SWT mati terbakar
  7. Pasangan tunang termuda di dunia
  8. Filem animasi Jepun bahaya
  9. Kempen tahun kelawar
  10. Gadis 14 tahun mula kelilingi dunia

 

(TEKAN) Takkan Baca Sahaja, Kongsilah Pendapat Anda :)

 

Your email address will not be published.

@ Guna Facebook Comment di Bawah